Recent Posts

Monday, November 4, 2013

Muffin Keju

Assalamualaikum....

Muffin yang dibuat minggu sudah.." minggu keju" masa tu... wat pizza, roti keju, makaroni keju pastu wat muffin keju nih pulak... bayangkan lah banyak mana keju yang dah masuk perut dan bertukar jadi lemak2 dalam badan ni..haaiiish...  nyesal kejap.

Buat muffin nih sebab terliurkan tengok yg Izah ( IML ) punya.. comel2 je.. kita pun buat jugalah, cuma tambahkan sikit dengan coklat chips untuk tarik minat si auni dan ali.. alih2 dorang gigit-gigit bahagian atas yang ada coklat chips aje... huhu geram weh.



Mufin Keju
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber : Rahel

Bahan:
250g tepung gandum
150g minyak masak
150g susu segar kotak
70g keju cheddar}
50g keju cheddar},diparut
150g gula kastor
13g serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur gred B-dipukul

Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk
   adunan.Kacau hingga sebati.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk-
   kan 70g keju cheddar.
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga
   sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing)
   akan menyebabkan mufin mengeras.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke
   dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan.
   Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.

Tak nyesal cuba.. memang sedap muffin ni... rasa lemak2 keju tu ditambah pulak dengan coklat chips.. makan masa panas-panas tu, ya ampun sangat sedap.. rasa garing di bahagian luar dan lembut je kat dalam. kalau makan masa panas tu, leh nampak keju bertali2 bila ditarik... sangat sedap :)

 nanti akan buat lagi... tapi tak leh buat selalu bila ada keju nih... nanti makin bertambah2 "montel".. hihi

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya tengok muffin yg gebu tu atie :)

tun_telani said...

hihihi.. kesian mapin kene gigit atas2 je ye.. mesti mak dia yg kene habiskan semua mapin yg kene gigit tu ^^

ummiaisyah said...

dr aritu dok skodeng gak mafin ni kt dapo izah...dh terasa2 kt tekak lemak cis tu!!!