Recent Posts

Monday, October 7, 2013

pavlova lagiii

Assalamualaikum...


Kali ni buat pavlova untuk makan-makan sendiri pulak.. selalu buat pavlova yang putih bersih je, kali ni gatal tangan pi tabur serbuk koko kat atas tu sebelum masuk oven.. tapi yang pastinya bila taburkan serbuk koko, masa untuk bakar pavlova nih kena ditambah jugak.. macam lambat je nak masak atau garing kat bahagian luar kulitnya tu..

dan kali ni juga 1st time untuk makan2 kami sekeluarga, krimnya guna non dairy whippping cream tu ( saya selalu guna brand Richs punya ).. itu pun sebab ada baki krim buat yang orang oder sebelum tu. sebelum nih pukul uht whipping cream je dan saya lebih suka yang jenis ni untuk dipadankan dengan pavlova, rasa krim yang lemak tuh boleh seimbangkan rasa manis pavlova. tapi kalau untuk jual, elok guna yang jenis non dairy lah kan, lebih tahan bila duk kat luar..


kali nih juga saya gunakan tips dari rakan fb untuk mengelakkan dasar pavlova terlalu banyak retak.. turunkan suhu dan tambah masa pembakaran. bila dah masak, jangan buka pintu oven, tak perlu regangkan pintu oven tu walau sedikit..sejukkan je dalam oven tu.  alhamdulillah, saya cuba siapkan oder kawan.. malam tu buat dan bakar, pastu esok pagi baru buka pintu oven. hasilnya pavlova saya tidak retak, kalau adapun ianya rekahan yang sangat minima..

untuk resepi, masih menggunakan resepi yang sama macam kat bawah tu :)



PAVLOVA KASIH CK
Sumber : CK@Noorma
Pavlova Kasih CK by AnnaQawina

Bahan-bahan :
· 4 biji putih telur
· 1 cawan gula castor
· 1/2 sdt esen vanila
· 1 sdt cuka makan
· 1/2 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  • Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  • Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar.
  • Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  • Bentukkan meringue diatas loyang beralas kertas minyak.
  • *Buat dasar meringue, ratakan, kemudian paipkan bahagian tepi tinggi sedikit dari dasar pavlova tadi. 
  • *Atau bolehlah bentukkan ikut suka hati..
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 160'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 140'C selama 50-60 minit.(bab suhu ni CK yg ajar secara online..)
  • Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
  • *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  • Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.

tengok ler.. tebalnya krim tuuu... hihi

3 comments:

nurul huda said...

salam akak. nak tanya lah. pavlova nie bile kite dah letak krim tu dalam dia memang akan jadi basah ke ? lagi 1 macam mane nak hilang kan bau hanyir telur tu ye? dah letak esen vanila dah. tapi bila mkn masuk mulut je mesti bau tu ade lagi. :(

atie @ ejay said...

@nurul huda

wsalam huda..tak basaah..teksturnya masih ok walau dilapis krim. kalau nak hilangkan hanyir telur buang tali pusatnya..hihi

mama sara nur said...

assalam atie
sedapnya..
akak pun dah jatuh hati kat pavlova ni tau he hee buat utk mkn sendiri ambil order blm berani lg
tqq for tips ye, ooo biarkan dlm oven sampai pg pun ok ye