Recent Posts

Wednesday, July 3, 2013

Terung dan tempe bercili pedas

Assalamualaikum...


 Lauk yang dimasak hujung minggu lepas ni.. sekarang banyak menu yang duk beratur dalam list draf je sebab tak berapa nak rajin update blog ni hihi tambah kalau hari kerja, badan penat.. balik rumah sukup masa untuk layan anak-anak je. ok, berbalik pada menu terung tempe goreng ni.. sebenarnya dah lama terung tu terperam dalam esbok dan ingatkan nak bakar buat air asam je. tapi kadang2 tu bila mengenangkan terung nih saya je makan, mula lah padam hasrat tu.. bila teringatkan ada tempe beli extra untuk buat lontong sebelum tu terus terfikir nak gabungkan dengan terung , buat masak cabai je..

Menu nih ringkas je.. alhamdulillah best sangat dan suami pun suka.. dia kutip tempe jelah, terung jangan harap hihi makan pun bertambah-tambah nak-nak lawan pulak dengan lauk asam pedas ayam bersantan. tapi kalau yang tak tahan pedas memang tak leh makan la...


TERUNG TEMPE BERCILI

Bahan-bahan :
1 keping tempe - dipotong panjang 
sebatang terung bersaiz sederhana - dipotong bulat
3 ulasbawang putih
2 biji bawang merah besar
1 biji cili merah
3 sudu besar cabai melaka ditumbuk halus dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
sedikit air
garam secukup rasa 
serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Tempe digoreng sehingga kekuningan. Terung digoreng sehingga lembut. Angkat kedua-duanya dan toskan.
  2. Bawang putih dan merah serta cili merah dihiris nipis.
  3. Goreng bawang dan cili merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cabai melaka yang ditumbuk , gula dan sedikit garam.kacau hingga hampir garing. 
  5. Masukkan tempe dan terung. Masukkan sedikit air, perisakan dan kacau hingga agak-agak bersalut dan masak elok.


* saya guna stok sambal cabai melaka yang dah dicampur garam dan cuka.




1 comment:

mama sara nur said...

assalam atie
tempe my feberet he hee
memang kan hari kerja memang penat
akak kalu blk tu jam 10 dah terlelap he hee
letih sgt