Recent Posts

Saturday, July 13, 2013

Puding Mangga

Assalamualaikum...



akhirnya mangga ke-3 yang dibeli kat Bukit Bunga on the way masa balik dari kampung haritu yang kononnya nak buat mango cheese cake, tadi selamat dijadikan puding mangga ni..  ada sebiji lagi, mungkin akan dijadikan lassi.. tak pun sagu mangga je, dessert yang simple tapi sedap berlemak tu hihi

tengahari tadi sementara budak kecik yang demam tu tidur, saya buatkan puding ni. semalam duk ngadap resepi dessert kat blog kak Nor je.. macam2 teringin nak dicuba.. tak pelah, hari lain kita buat puding dan agar-agar lain pulak.

dah 3 hari puasa, ketiga2 hari tu jugak lah berbuka sambil pangku si athif yang demam. hari pertama dia meragam,terteleng2 ibu dia makan nasi. hari ke2 dia tidur elok je atas riba, boleh lah ibu dia ni menikmati sikit rasa menu berbuka tu.. semalam dia tak tidur, masih beriba jugak.. tapi elok je. hari ni, ntah camana keadaanya pulak hihi


PUDING MANGGA
resipi asal : Gert@MyKitchenSnippets
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air ~ cawan metrik
7 - 9 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai/bergantung pd tahap kemanisan buah mangga
1 cawan susu segar
1 cawan isi mangga yg dikisar - saya guna sebiji mangga dapat 1 1/2 cawan puri mangga
1 helai daun pandan

Cara:
Masak air bersama agar2 serbuk hingga larut dan masukkan gula dan daun pandan.
Masak lagi hingga mendidih dan masukkan susu segar.
Biarkan ia hampir mendidih dan masukkan mangga yg dikisar tadi.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit dan tuangkan ke dalam acuan yg disukai (basahkan sedikit mould utk memudahkan utk mengeluarkan puding. sekiranya menggunakan silicone mould tak perlu dibasahkan mould)
Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.



dihidangkan dengan mango nata de coco..hmm mesti rasanya lagi nikmat kan??
hihi berbuka nanti baru tahu hasilnya camana


ok,selamat berbuka ye..

5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya...:-)
mmg payah kalau time berbuka baby meragam..x sihat kan...nak buat cmne...moga cepat sihatnya...

adda syuhada said...

sedapnya...terasa jer puding tu kt anak tekak..

Amie said...

aduhai sayang athif... sian ibu sampai terteleng2 ye... memang kalau anak kurang sihat, kita pula jadi serba tak kena
Terpikat tengok puding mangga nan kuning menawan tu Atie...

fazianbatrisyia said...

dessert di bulan puasa mmg menyegarkan...makan sejuk2...sedapnya

rahel said...

Wow....segarnya time buka puasa pekena puding...