Recent Posts

Thursday, July 11, 2013

Agar-agar Milo Lapis Oreo

assalamualaikum



alhamdulillah..dah masuk hari ke2 kita berpuasa. dan petang semalam akhirnya berjaya jugak buat agar-agar yang sedap ni setelah sekian lama tertangguh, gara-gara kehabisan stok serbuk agar-agar.. 2 kali masuk supermarket, time tu jugak serbuk agar-agar plain takde.. biskut oreo yg saya sembunyikan dari budak dua orang tu dah berbulan tersorok hihi

nak masak ni petang semalam pun kemain lagi banyak halangan. si athif yang tak berapa sihat,asyik merengek je minta didukung.. jadi beberapa kali terpaksa panaskan balik adunan agar-agar yang hampir membeku.. tapi alhamdulillah jadi jugak walaupu hasilnya tak cun. asalnya nak buat dalam satu bekas je, tapi bila tengok satu adunan agar2 ni tak banyak, saya sejukkan dalam bekas plastik camni je..


RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
sumber : AlongRoz dan kak hana

Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

 
untuk berbuka petang semalam masak simple je, ayam panggang limau purut dan sayur lemak pucuk manis yg dipetik kat tepi rumah + keledek + kulat sisir yang saya bawa dari kampung..

4 comments:

JaSSNaNi said...

sedapnya agar-agar oreo... nak buat gak lah.. tq shared..

Mas said...

macam berjanji lak kita kan...
akak pun baru jerk buat...he3
tapi berbaloi sebab memang sedappp

fazianbatrisyia said...

sedapnya menu dia...smlm tak rajin la...rajin buat lain...lipat baju anak jek...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Emmm makin ramai yang buat agar2 ni...macam teringin juga nak ikut jejak...