Sunday, July 7, 2013

Red Velvet Moist Bertukar Wajah

Assalamualaikum...


(  SEBELUM )
bertukar wajaaah...

  ( SELEPAS )


inilah rupanya..hasil daripada projek red velvet yang tak jadi haritu...
plan asalnya nak buat kek anniversary yang dah lama berlalu tu..
dah bayang2 camana nak make-up kek yang dah siap nanti..
tiba-tiba.. terlebih angan2 la kot, kek yang diidamkan tak mau jadik.. mentah sikit kat tengah tu
dah berkali2 tambah masa pembakarannya..
dah lama sangat nak cuba resepi dari blog kak hana ni.. sebab macam simpe dan mudah
lagi pun tak yah pakai butter, ganti ngn minyak je..
tapi tak tahu kat mana silapnya, hasilnya tak menjadi seperti yang diidamkan..


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

memang nak nangis sebab frust.. nak buang sayang pulak..
lepas tanya pendapat kawan2 group masakan fb.. saya jadikan ia benda alah ni..
k-pop? eh pop cake? iyelaah... cam gitu lah gamaknya  hihi
kek yang dah dibuang bahagian mentah tu, saya hancurkan dan gaulkan dengan choc ganache.
pastu bulat-bulatkan dalam 20gram camtu dan celup dalam choc dark compound yang dah dicairkan..
masuk paper cup, tabur gula hiasan dan sejukkan dalam fridge..
hasilnya... saaaangat sedap! hihi


4 comments:

asyifamustaffa said...

itu la dia..kenkadang ada gak timenya kek x mnjadi kan...sabar je lah..
jadi pop cake plak kan...sdap gak tu...:)

fazianbatrisyia said...

yg ni mmg salah satu penyelesaiannya. sy pun penah buat kek tak jadi...kepal2 jadi pop cake...celup cokelat, tabur manik pun cun dah

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam atie
akak x penah wat resepi ni
tp kalu resepi lain ada
memang sedap rvc
ok nanti cuba lg ye

Anna Qawina said...

Biasanya kalu kek x masak atau jd bengkang sbb suhu oven x betul sejak awal membakar..bakar kek guna rak paling bawah dlm oven insyaAllah jadi nnt..try lg