Recent Posts

Saturday, May 18, 2013

cream puff inti kastard ( resepi 2 )

assalamualaikum...



dah seminggu lebih dah buat cream puff ni , gara-gara terliurkan cream puff tokey kak Anna kita tu
dah beberapa kali buat cream puff tapi selalunya guna resepi kak yani macam kat SINI
alhamdulillah..menjadi je, cuma last buat aritu entah kat mana silapnya bila dah masak puffnya turun..
kali nih saya doublekan adunan.. dapat banyak jugak..
1st bakar tu buat saiz besar..bila dah masak sebesar penumbuk gitu..tp mcm tak elok sgt
baki tu buat saiz kecik sikit, alhamdulillah... cantiiiik hihi




RESEPI CREAM PUFF 
Sumber : Cik EPAL

Bahan-bahan :
  • 125grm butter
  • 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
  • 150grm tepung gandum  *diayak bersama garam
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
  • Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
  • Masukkan tepung gandum bersama garam
  • Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
  • Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
  • Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
  • Masukkan juga esen vanila.
  • Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
  • Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
  • Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
  • Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
  • "On" kipas oven jika ada.
  • Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.


RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
  • 2 biji telur
  • 1/2 - 1sdk esen vanila
  • 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

Cara-cara :
  • Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
  • Inti boleh digunakan.




oklah.. tak leh nak tulis panjang2.. budak kecik dah memanggil2 dah..


1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama akak teringin nak buatnya tapi angin rajin tu belum dtg bertiup hehehe