Recent Posts

Wednesday, November 9, 2011

Cream Puff... kali ke2

assalamualaikum....

ni kali ke2 saya buat cream puff.. kali pertama dulu, ada ambik gambarnya.. tp ntah kenapa saya tak dapat nak kongsikan dengan kawan2... lagi pun kali pertama buat kan... sangat lah tak berpuas hati. pagi jumaat sebelum bertolak balik kampung, sambil mengemas apa yg patut.. sempat lagi saya buatkan ini utk sarapan.. elok je puff ni masak dibakar, incik ali bangun tidur.. nasib baik... klu tak tak dapat lah nak buat nih...

zaman skolah menengah dulu, saya selalu je beli cream puff nih.. tp saya panggil ngn nama "kuih inti kastard" hihi tak tahu nama sebenar pun.. maklum lah orang kampung hehehe tp kawan saya panggil ngn nama " kuih sejuk "... tak tahu pulak apa sebabnya.. nama panggilan yg saya letak rasanya lebih relevan la kot.. tp bila fikir2, agaknya sbb kuih nih sedap je pun dimakan bila sejuk... hehe boleh lah tu...

sekali buat pagi tuh, saya gandakan adunannya... dapatnya lebih kurang 15biji je.. yg tak abis, saya tapau buat bekal perjalanan kami... so, pagi tu suap2kan lah jugak budak kecik tu.. tengok ok je.. takde pape tanda merah muncul.. tp en.suami tanya "eh, takpe ke tuh suap ali?"...

dlm perjalanan..waktu tu dah nak masuk Jeli.. ku suap lagi ali ngn kuih ni... tak lama kemudian dia dah mula garu2.. ingatkan merah sikit je.. bila singgah nak makan malam, keluar je dr kereta.. ya Allah! merah dan bengkak2 bawah ketiak, lutut, paha ali cam kena gigit semut.. dah timbul2 bengkak.. dua2 belah telinga dia kembang semacam je.. mula lah dia ngamuk2 tak selesa.. saya pulak, masa tu lah nak nyesal... yelah, kadang2 bila tengok anak berselera je makan.. hati nih rasa gumbira je, semangat je nak menyuap tanpa berfikir dulu akibat yg ditanggung leh budak kecik tu...

saya pun heran jugak ngn ali nih.. kadang2 saya suapkan kek, kulit dia okey je..

Cream Puff
sumber : Yani myresipi

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  10. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  11. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.





krim kastard

sumber : honey@myresipi

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  6.  - saya kacau dalam periuk je..
    - konfius kat atas tuh guna tepung gandum ke apa.. tp saya bubuh tepung kastard:)
    - sedap betullah krim kastard nih hihi



4 comments:

mama fieda said...

alamak..sedapnya..

~Sya~ said...

ali tu ada alergik ke..sian ye...agaknya alah pd telur...anak kwn kat ofis ni alah pd kacang2...

shark said...

salam kenal dari saya :)

Hamizah said...

sedap cream puff tu..
my favourite..
dah lama xbuat..
anak2 xsuka suami pun xsuka..