Recent Posts

Thursday, November 15, 2012

layan auni dan ali mandi kolam

assalamualaikum...

alhamdulillah... rasanya  ramai dikalangan kita dah selesai makan tengah hari kan? tak pun sedang menikmati menu pilihan tak kira lah samada kat kedai makan atau rumah. dalam rumah nih si ali tu je masih dengan mangkuk mi karinya.. kami semua dah selesai.. bila ditarik mangkuknya terus ngamuk-ngamuk nangis.. 2,3 hari nih dia dah mula nak makan dalam pinggan sendiri , dah taknak saya suapkan.. bila time makan , dia pun kalut bukak pintu kabinet cari pinggan..hihi

pagi tadi lepas siram rumput , bersihkan lantai belakang rumah.. dan en.suami yang baik hati meng"offer"kan diri untuk kupas kulit udang untuk saya masak mi kari. lagi puas katanya bila makan nanti.. hihi baguslah , boleh lah bini dia tumpang sekali.. dia pun tahu yang saya malas nak kupas kulit udang masa makan , rela biarkan udang bersidai tepi pinggan. tak pun saya sedekahkan je ke dalam pinggan dia hihi

bila lantai belakang dah bersih , suami isikan kolam plastik budak-budak ni dengan air..
syoklah budak dua orang nih yang dah lama tak mandi kolam..


kakak auni yang dah semakin besar.. dah pandai menjawab , orang kata A dia jawab B.. minat sangat dengan ultraman sampaikan adiknya turut terpengaruh..


lihatlah betapa panjangnya rambut si ali nih.. bila dah kena air , rambut dia yang gulung2 berombak tuh dah lurus. panjang! bila agaknya nak potong...

aksi ultraman berlawan la tuh kununnya... sekali adik angkat kaki , ultraman besar yang nangis..
tiap-tiap malam mesti berlawan..  dia jadik ultraman , adik?? adik tak boleh jadi ultraman tau.. ali jadi raksasa tau!





muka budak comel yang super duper aktif.. manja dan kuat merajuk..
kalau perasan, kat pipinya ada kesan lebam biru.. terhantuk meja masa dia duk melasak sorang-sorang..


ok.. sayang kakak auni dan adik ali!!

No comments: