Sunday, November 4, 2012

Dendeng Daging.. membuka selera

assalamualaikum...


tentu freezer kawan2 masih penuh dengan stok daging korban kan...  saya punya tak banyak mana, ada lah sikit2 bawak dari kampung.. ingat nak masinkan sebahagian dan jemur kasi kering, tp ngn cuaca yang tak menentu nih takde lah saya rajin nak buat tu semua. pulak tu risau kot2 dimakan kucing.. kalau dulu duk kuaters saya jemur je dalam rumah hihi ..

sebelum ni saya pernah masak dendeng daging basah.. taruk cili api untuk rasa pedas.. tapi bila makan yg kawan bawak ke sekolah daging dendeng yang dimasak kering dan garing , terus jatuh cinta... balik keje , saya masak dendeng ni lagi sebab tak puas makan yang kawan bawak. Bila google resepi , macam2 cara buatnya.. ada yang masuk serai , halia bagai.. pastu ada yang tak guna jintan.. so, kat bawah ni saya masak ikut cara dan citarasa saya sendiri.. awalnya saya goreng kan 3 biji kentang kunun nak campur dengan daging tu.. tp bila anak2 tengok , dipunggahnya makan camtu je kentang yang dah masak tu.. tinggal beberapa keping je , bakinya saya bubuh jugak la dalam dendeng daging tu..


DENDENG DAGING
by : atie

Bahan-bahan :
500 gram daging lembu
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji cili merah besar
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 inci kunyit hidup
4 sudu besar jus asam jawa ( boleh kurangkan atau lebihkan )
serbuk perasa
garam secukupnya
minyak masak secukupnya

5 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah dijadikan bawang goreng.

Cara membuatnya :
1. Rebus daging ( biarkan tanpa dihiris ).. jangan lama sangat..agak2 dah tak merah tu , toskan je. Stok daging tadi jangan buang, simpan untuk masak sup ke atau ape2 je kan...
2. Sementara tunggu daging masak , tumbuk ketumbar , kunyit dan jintan manis..
3. Daging yang disejukkan tadi dihiris nipis dan ditumbuk dengan lesung..jangan sampai hancur pulak daging tu.. agak2 je lah.
4. Kemudian perap sebentar daging yang ditumbuk tadi dengan sedikit garam dan bahan tumbuk seperti kunyit, ketumbar dan jintan manis
5. Goreng daging tadi sehingga kekuningan dalam minyak yang banyak.. Kaupkan sekali dengan serbuk2 rempah tumbuk tadi.. toskan supaya tak berminyak sangat. Ketepikan..
6. Selepas itu tumbuk bawang putih , bawang merah dan cili.. tak perlu terlalu hancur. sebelum tu saya gorengkan sekejap cili merah tu dalam minyak untuk memudahkan bila ditumbuk..
7. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan tadi sehingga garing dan masukkan daging yang telah digoreng sebelum itu.. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan jus asam jawa dan tambah sedikit garam dan serbuk perasa.
9. Kacau lagi sehingga garing , boleh diangkat dan ditaburkan dengan bawang goreng apabila dihidang.
10. Selamat mencuba!



Nikmatnya bila makan dendeng daging ni dengan nasi panas..
boleh bertambah-tambah sampai kenyang..
Best sangat..  agak2 nanti buat lauk makan dalam pantang, ok apa hihi

2 comments:

munna said...

sedapnya....mmg menyelerakan nampaknya

whitecappuccino said...

sedapnyer! msti mkn nasi bertambah ni