Tuesday, November 13, 2012

ayam panggang ala kenny rogers

assalamualaikum


jamu mata dengan gambar menu dinner malam semalam.. menu yang simple tp sangat mengenyangkan.. alhamdulillah.. puas hati bila berkesempatan masak , masih diberi kekuatan untuk menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak walaupun selepas itu suami terpaksa jadi tukang urut yang tak  bergaji.. saya perlu kekuatan yang jitu sementara menungggu kelahiran ke-3 disebabkan kali ni keadaannya agak berbeza berbanding sebelum ini.. kadang2 bila duduk lipat kain, dah selesai, saya dah tak leh nak bangun sendiri.. sakit yang amat.. tulang punggung saya seolah dicucuk-cucuk dengan benda yang tajam.. berdiri lama-lama kat dapur pun , agak memenatkan.. tp syukur, saya punya suami yang sangat banyak membantu..


pagi ahad tu suami ajak saya sarapan di luar.. si kakak ikut sama , menangis bila sampai ke nurseri.. terkebil-kebil si ali bila dia ambil oleh cikgu dan ditinggalkan seorang diri tanpa kakak.. pagi tu juga saya bersemangat ke pasar untuk mencari jantung pisang, teringin nak buat sayur lemak.. tp hampa langsung tak ade.. yang saya beli pagi tu hanyalah 2 ekor ikan tongkol , 6 ketul paha ayam dan pucuk peria pantai.. tengah hari tak masak sbb ada kenduri.. dan lepas kenduri tu jugak ajak suami pegi tesco.. suami tanya nak beli apa? saya jawab tak tahu..????  tp yang bestnya saya jumpa jantung pisang kat tesco! hihi.. beli jugak tau miu..sayur kegemaran saya bila digandingkan dengan ayam panggang..

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
by : atie
sumber : Potret Kasih

1 ekor ayam ( bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil ) - saya guna 3 ketul ayam dr bhgn paha

Bahan-bahan untuk make up ayam:
3 biji bawang besar - saya gantikan dengan 6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam banyak ) - saya masukkan semua 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk paprika - saya tambah
sedikit air untuk mengisar bahan make-up
sedikit mentega
-  saya hanya blendkan halia dan bawang. bahan yang lain boleh terus tuang atas ayam dan gaul.

Cara penyediaan : 
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan
3. Perap selama 1 1/2 jam - semalaman . mmg kalau nak lagi sedap, perap lama2 ayam tu
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak
5. Semasa membakar , selepas 1/2 jam pertma , sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng , coleslaw dan kentang putar.
              


- Untuk digandingkan dengan ayam panggang tu saya rebus 3 biji kentang , jangan terlalu empuk.. kemudian dipotong dadu dan diperisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.. dan di grilled sebentar dengan sedikit butter.. saya pakai double grill pan.

- selepas ayam masak , dalam grill pan yang sama saya layukan tau miu dan baby carrots sebentar

-  untuk sos  : kemudian grill pan tadi jangan dibasuh, ambil baki make-up ayam dalam bekas perapan ayam dan panaskan dalam grill pan. tambah sedikit susu segar , sedikit tepung gandum dan serbuk lada hitam.. kacau sehingga mendidih dan pekat..

- seeloknya ayam tadi tidak dibuang kulit.. supaya dapat mengelakkan isi ayam tadi tidak kering.

- masa perapan yang lama akan menjimatkan atau mempercepatkan lagi masa memasak.. isi ayam td cepat masak dan bertambah sedap.. hihi ini pendapat dari saya lah kaaaan.



double grill pan jenama vantage yang banyak berjasa kat dapur sekarang ni:)
sape2 yang takde lagi tuh, boleh lah dapatkan sekarang.. tengah offer rm139.. harga asal rm199.


3 comments:

hana said...

salam atie... ayam panggang ala pakcik kenny nih mmg terbaekkkk... tingin la pulak akak nak buat lagii... nak kejor ayam dulu

Ibu Lala said...

Alorrr nak tengok gak rupa grill vantage tu. Sy pakai pemanggang ajaib tu je. Ok gak...

Unknown said...

Sedapnya..tmptpt pemnggang plak xdak klu x bley jgk cuba ni.