Tuesday, May 15, 2012

Oreo & kiwifruit cream cheese dessert

assalamualaikum..

 ini ialah dessert yang saya sediakan untuk berbuka petang semalam.. dessert yang saaaangat sedap!
sampai rumah pun dah dekat jam 6.00 petang semalam , kalut jugak lah buat dessert ni dan masak mee sup daging. alhamdulillah... dalam waktu yang singkat, sempat juga makan2 dengan 2 hidangan ni..


Oreo & kiwifruit cream cheese dessert
Recipe by : atie


Bahan-bahan :
250 gm - 270 gm cream cheese
135gm yogurt ( kiwi flavoured )
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu segar
buah kiwi secukupnya
oreo crushed cookie pieces ( oreo hancur secukupnya )
biskut oreo untuk hiasan

Cara menyediakan :
1. Lembutkan cream cheese.
2. Pukul cream cheese , gula dan susu segar sehingga lembut dan berkrim.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Isikan oreo hancur ke dalam gelas dan isikan dengan cream cheese.
5. Kemudian susun buah kiwi , taburkan oreo hancur dan isikan lagi dengan cream cheese.
6. Hias mengikut kreativiti sendiri.
7. Sejukkan sebelum dihidangkan.

dengan sejumlah bahan2 yang digunakan tu, dapat la 4 gelas.. cukupalah untuk kami anak-beranak kan.. sebenarnya ada dua gelas lagi dalam peti ais duk menguda-guda tuh.. tp iman nih dipaksa kuatkan jugak.. selaku ibu dan isteri mithali, kuatkan semangat tunggu suami dan anak-anak balik.. boleh makan suap sama-sama hihi kalau ikutkan hati ,  nak je saya abiskan dua gelas masa berbuka petang semalam.. tp sebab malu punya pasal kat suami, terpaksa tahankan selera tekak yang tengah membuak2.. duk kat sekolah hari nih pun terbayang2 kat gelas dessert nih hahaha


 yang nie, tanpa buah kiwi untuk anak-anak.. hihi lagi pun buah kiwi ada sebijik je
kalau letak lebih buah kiwi tuh lagi sedap agaknya..


9 comments:

K.Nor said...

atie, k.nor nak satu ! sedap nyer :)

atie @ ejay said...

k.nor,nih ambik segelas hihi
sedaaaap ni:)

Anna Qawina said...

sedapnya ada kiwi tu..

Qasey Honey said...

sedapnya...QH pon nak amik 1 jugak la...

Mama Hawa/Mama Nani said...

sedap nyer ... minta mama jgk lah atie :) fav kiwi fruit tuh :P

atie @ ejay said...

Sedaap..masam manis lemak bagai hehe

atie @ ejay said...

sila2 :)

atie @ ejay said...

Mmg sedap mama,nak bila ganding ngn cream cheese tu

kak tyea said...

Salam. nak tanya, selain kiwi buah apa lagi yg sesuai eh? sebab sini susah sngt nak jmpa.