Recent Posts

Sunday, March 11, 2012

Eggless Oreo Chocolate Cake

assalamualaikum...
dah petang baru sempat nak menjengah blog sendiri dan blog2 teman yang lain...
abis kelas tengahari td, memenuhi undangan perkahwinan..
musim cuti sekolah ni, sepanjang jalan berderet rumah orang kenduri kawen...
tak cukup sepuluh jari nak membilangnya...


waah dapt satu lg resipi kek yang sedap utk hero kesayangan saya yang alergik telur...
tq kak fida sbb kongsikan resipi kek tanpa telur ni...
anak2 suka, apalagi bila tengok ada kepingan biskut oreo di atasnya...



Bahan-bahan ( loyang 8in/20cm )
360ml susu segar ( 1 1/2 cwn + 2sb )
100 g gula halus ( 1 cwn dan kurangkan 1 sb )
2 sk serbuk nescafe
160 g choc. masakan ( 2/3 cwn choc cair )
120 g mentega ( 1/2 buku )
2 cawan tepung gandum*
2 sk baking powder*
4 peket biskut Oreo ( 12 keping ) - dicincang halus
( saya guna  1 peket-137gm separuh saya cincang kasar dan separuh lg susun kat atas kek )

Cara-cara
1. Masak 3 bahan yang pertama hingga gula larut dan masukkan choc dan mentega dan masak hingga cair. Sejukkan.
2. Ayak bahan bertanda *
3. Masukkan cincangan oreo diikuti dengan campuran tepung ke dalam bahan cair yang telah sejuk dan kacau sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas dan bergris dan bakar pada suhu 160c selama 45 minit atau sehingga masak
( saya gunakan kaedah bain marie, kek terasa sangat lembap )


lain kali nak buat lagi... tp nak cuba lapiskan dengan cream cheese
tentu lebih yummmeah lagi kaan hihi



SELAMAT MENCUBA....
MASAK SENDIRI LAGI BEST!

3 comments:

rahel said...

Dapat Rahel bayangkan betapa sedapnya kek coklat oreo ni...4 paket biskut oreo..byk tu...

tun_telani said...

hitam menawan kek nih.. nmpk texture sgt dense.. mesti moist sgt kan.

Naziffa said...

sungguh menggoda jiwa raga la kak ati..