Recent Posts

Tuesday, March 13, 2012

Carrot Oat Cake...

assalamualaikum...

siaran tertunda lagi dan lagi... lain yang dirancang, pasti lain yang menjadinya... hmm sudah agak lama mengidam nak makan Lemon Tart nih.. hampir kecut dah lemon kat dalam peti sejuk tu, tapi tartnya ntah ke mana lagi.. tak tahu bila nak buat... pastu berkira2 nak uat RV marble cheese tuh, tp malam tadi siap kek pandan lapis kastard sejibik! ambiik...hihi

Carrot Oat Cake ni pun dah lama benar peram resipinya..
walnut tu pun dah lama benar duk menginap bekas tupperware tu.
nasib baik masih elok rasa dan kerangupannya...
satu adunan bahan, dapat sebijik kek yang bersaiz kecik dan comel je..


Carrot Oat Cake
sumber : kak zai @ teratakimpian

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar -saya gantikan dgn sebiji apple hijau
1/2 cawan kelapa kering- Akak guna oats
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

bab mendeco kek, tidak lah saya pandai... kena ambik kursus dulu... hihi teringin jgk...
tp masa tidak mengizinkan saya... cuti skolah seminggu ni pun bukan boleh bersenag lenang,
bergulung2 skrip jawapan exam menanti utk ditanda...
pastu dengan budak kecik 2 orang tuh yang tengak melasak lagi
kadang2 rasa putus asa ku nak kemas rumah...
berjam2 pulun vacuum lantai, sapu lantai, mop lantai bagai.....
tp dlm masa tak sampai 5minit.... semuanya berubaaaah...

OK, SELAMAT MENCUBA...
MASAK SENDIRI LAGI BEST!

1 comment:

EIJAM'S FAMILY said...

carrot cak emmg sedap i like heheh