Recent Posts

Saturday, January 14, 2012

Super moist cc lapis keju dan makan2 sempena birthday anak2....

Assalamualaikum....


 tarikh kejadian ini ialah 1/1/2012... hehe mood nak update blog mmg agak slow memandangkan keje2 lain yg masih bertimbun2... hmm bila dah start keje, mmg agak terbatas..  balik rumah dah lewat petang, malamnya berperang ngan budak kecik 2 orang tu... haaih hero kecik tu macam nak mengikut perangai kakaknya yang payah nak tido....

buat special dinner ni sempena nak raikan besday budak 2 orang ni la kan... untung bersalin dalam bulan yang sama ni kan... senang:) setelah puas mencari2 resipi yang sesuai, akhirnya chef tak bertauliah ni jumpa jugak ngan resipi kek yang agak sesuai juga.. terutama utk hero yang alergik telur dan si kakak yang sukakan kek coklat...

 menu makan malam yang simple... buat chicken chop pakai sos segera dan sebiji kek..

 ambik resipi kek ni dr blog Rahel.. sangat bagus bila coklat dan keju bergandingan :)

Super Moist Eggless Chocolate Cake lapis Keju
sumber : Rahel

Bahan : 1 adunan Chocolate Cake boleh tengk kat bawah

Bahan Lapisan Keju

250gm cream cheese
70gm gula castor
20gm tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling ( saya tak bubuh )
Cara :
1. Panaskan air dalam periuk pengukus
2. Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian
3. Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit. Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata
4. Kemudian pukul cream cheese, gula, tepung gandum, jus lemon dan air sehingga berkrim. Tambahkan telur Pukul rata.
5. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi. Ratakan.
6. Letakkan  ( dot2kan guna sudu kecil ) blueberry filling di permukaan adunan cream cheese tadi. Kukus lagi selama 15 minit.
7. Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

Pesan :

* air kukusan hendaklan betul2 mendidih sebelum mengukus kek
* balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap 
* tiap lapisan kek dikukud dengan api sederhana sahaja




Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan
   mentega.(Rahel bakar versi cupcake).
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta se
   hingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.








ok...layan je lah gambar 2 kat bawah ni:)
takde idea nak karang mengarang dah hihi


 aliiii..dah  setahun kamu. tapi macam baby kecik lagi.....

 kakak yang tak sabar nak menikmati kek dan angry bird merah tu...



7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Cantik kek tu...angry bird pun tak jadi angry dah kot...happy bday tu the little one.

tun_telani said...

cantiknyer kek.. lapisan pun kemas je. happy birthday buat anak2 akak =)

atie @ ejay said...

.>>kak ros
hihi tu la pasal...yang penting sedap. lemak pun bertambah2 ni hihi
terima kasih:)

atie @ ejay said...

>> tun
trimas tun..:)

Tina Othman said...

cantiknya atie, nak tanya angry bird tu beli ke buat ye?

sedap kan kek ni, saya suka sebab senang je nak buat

atie @ ejay said...

>>tina
beli kat kedai bakery hihi mcm2 ada kan sekarang ni..
mmg senang..yg penting sedap hihi

Pn. Ila said...

Salam..tq sbb melawat blog saya. 1st time singgah blog sini..pandai buat kek ye..mesti anak2 akak suka sgt.