Saturday, August 13, 2011

light cheese cake.. sedaaap!

assalamualaikum...


entri tertangguh lagi, lagi dan lagi... hehe sebenarnya dah buat kek yg tersangatlah best nih pada 27 Julai yang lalu.. hah dah lama kan.. tp sebab rasanya yg best tu adalah perlu utk saya kongsikan di sini... mmg best rasanya... nak buatnya tak delah susah sgt.. boleh tengok tutorial cara membuatnya dekat SINI. terima kasih kak Hasue yg sudi kongsikan resepi kek keju ni..

 

aritu buat dua biji.. satu tinggal utk makan kat rumah, sebijik lagi bawak gi sekolah... kek ni sgt lembut teksturnya.. pastu lembab2 gitu. rasanya sedap.. m'buatkan saya ulang alik masuk dapur nak menghabiskannya.. dgn kata lainnya, sgt mudah utk saya menambah lemak yg sedia ada dengan jayanya..

nak cerita jugak kisah disebalik kek sedap nih... malam tu, sambil duk pegang ali saya potong keknya... ape lagi ali, tak lekat saya nak pegang.. meronta2 dan melonjak2 je mcm dia nak rasa.. siap buat bunyi lagi.. yang tak tahannya bila tengok air liur dia meleleh2.. alala cayang, kesian yg amat.. ibunya apa lagi.. ambik la sikit, suap kat budak yg terliur tu.. hah kemain lagi syok dia makan... tp takdela saya nak abiskan sepotong suap kat dia kan...

malam tu heran jgk nape mamat kecik nih tak lena.. asyik garu2 je telinga dia.. tp saya buat tak tahu je, sbb dia mmg ada eczema.. kdg2 dia gatal2 tp takde la teruk sgt. pg esoknya, tengah duk2 bersiap2 nakgi skolah dia nangis2 tak mau duduk.. dua2 belah tangan duk sentap2 je belakang kepala.. saya pun naik heran, nape pulak dia camtu.. bila bukak baju, ya Allah! bawah leher, bawah ketiak, celah paha dan dekat perutnya dah merah2.. banyak sangat.. rupanya mcm kena gigit nyamuk dan semut...  mmg dia mengamuk tak selesa.. saya dah mula panik, dahla lewat ke sekolah... sapu ubat mana patut,...

hmmmm... bila kat sekolah, baru saya teringat yg malam tu saya suapkan dia kek keju ni.. agaknya dia alergik ngn cheese tu.. sbb dia penah alergik ngn susu lembu jgk... adoyaiii.. ape punya ibu, tak prihatin langsung...


Light Cheese Cake


Resepi::http://sue-hasue.blogspot.com/

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



 

tapi kan.. saya frust tang potong kek nih.. tak cantik, tak kemas.. tak tahu kenapa. klu tengok kat blog kak Hasue tu, sempurna je potongannya... jeles, jeles hehe kak, nape ye?? nasib ler seedaaaap:)

1 comment:

Nik said...

asal sedap tak kisah la rupa bentuk mcm mana.hehe