Recent Posts

Monday, August 29, 2011

Biskut Raya 5 : Biskut Oreo Black Beauty

assalamualaikum...


last biskut raya yang sempat saya buat...  juga resepi cookies dr dapur kak wan. terima kasih sebab kongsikan resepi cookies yg semuanya best2 utk dicuba dan dimakan. mmg sesuai lah. hiasan coklat kat atas tu sesuai sgt sbb biskut ni cam ada rasa pahit2 serbuk koko dan oreo.. cumanya, saya gantikan coklat putih ngn coklat strawberry sbb coklat puith yg saya masak taknak cair2.. heran jugak kenapa...
klu perasan, ada serbuk biskut kuning kat atas tu kan.. tu yang 1st adunan buat, sbb biskut oreo tak cukup saya tambahkan serbuk biskut jacobs jgk hehe..

Biskut Oreo Black Beauty
copy from : kak wan


Bahan A
280gm mentega
200gm gula kastor

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm serbuk koko
30gm tepung jagung
20gm biskut oreo (buang krim dan kisar halus)
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur
Biskut oreo (dibuang krim dan dikisar kasar)
coklat masakan putih dicairkan
croquant


Cara-cara :


1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Paipkan dengan nozzle bulat dan bentukkan memanjang. Sapu putih telur dan tabur serbuk oreo diatasnya.
4. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
5. Sejukkan dan paip dengan coklat putih dan tabur dengan croquant.
*** Dalam gambar kak wan ubah sikit deco nya dengan menggunakan papercups, dan hias dengan coklat putih. Hias ikut kegemaran.



ok, utk last entry pasal cookies raya yg dah saya buat ni.. nak ucapkan terima kasih banyak2 kat suami sbb rajin ambik gambar2 ni semua... ambik pun tengah kalut2 packing barang nak balik kampung... terima kasih:)

No comments: