Recent Posts

Monday, August 29, 2011

Biskut Raya 4 : Strawberry Fingers Cookies

assalamualaikum..

suka dengan rasa strawberry...  rasanya boleh tahan. resipi cookies ke3 yang saya ambik dr rumah kak wan. alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan... klu ikutkan hati, nak cuba semua resipi cookies yg ada kat situ hehe
 Biskut Strawberry Fingers / Strawberry Fingers Cookies
copy from : kak wan

Bahan A
250gm mentega
10gm shortening
150gm gula kaster
1 tsp strawberry emulco
1/4 tsp pewarna pink/merah
50gm serbuk badam/serbuk gajus

Bahan B
300gm tepung red rose
40gm tepung kentang
50gm susu tepung
50gm tepung jagung
Hiasan : Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih


Cara-cara

1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.


 

No comments: