Saturday, August 6, 2011

alhamdulillah..dah semakin baik

assalamualaikum...

terima kasih buat rakan2 maya yg mendoakan kesihatan saya.. alhamdulillah, sekarang cuma tinggal batuk2 je lagi.. susah sikit nak ilang, sbb saya jenis yang tak suka makan ubat jenis cairan/air.. kesian ali yg kecik tu sbb berjangkit batuk dan selsema dari saya.. ari khamis tu terpaksa bawak dia pula ke klinik. tujuan lain ialah sbb eczemanya tu... kesian dia, garu2 kdg2 tengok pagi hari dah luka2 muka...

hmm sbb sakit yang tak disangka nih, terpaksa korban dua hari puasa.. sayang sgt! tp nak buat camana, dah sakit... ada hikmah disebaliknya kan.. tp yang sedihnya, 2 malam juga saya terlepas solat terawih... lemah, penat bagai.. lepas semayang isyak, tertidur.. mmg tekad nak bangun sambung terawih.. tp bila badan dah lemah, tak sedar langsung.. en.suami cakap, dia tak sampai hati nak kejut...

1st day puasa dan ari khamis aritu en.suami ada beli lauk kat bazar... tp lepas nikmati lauk yg "tak sedap" dan "sangat mahal" masa berbuka hari khamis tuh, saya bertekad utk masak sendiri je lauk berbuka walau penat.. biar ringkas, tp berbaloi dan tak membazir... moga2 saya kuat dan bertenaga nak masak, walaupun penat bekerja...

** terpaksa terawih sendirian lagi malam nih.. ni malam pertama en.suami keluar solat terawih di masjid luar.. biarlah dia mencari suasana... selalunya dia tak sampai hati untuk tinggalkan pelajar2 KAMSIS solat sesama mereka di pusat Islam..

** banyak nak update post makanan..tp belum ada mood lagi

** teringin nak makan puding macam2 masa berbuka, tp tak berani lagi.. tunggu batuk lega


3 comments:

cik cek said...

Alhamdulillah...dah beransur sembuh...dugaan dibulan puasa...
Rehat secukupnya ya...:)

E-na Zarina said...

try amalkan makan madu as suplement utk seisi keluarga utk kesihatan...

Azmie & Vivie said...

Salam kak atie =0).
didoakan moga kak atie sembuh sepenuhnya =0).
bila dh sembuh nanti, jgn lupa kongsi resipi bersama...
pastikan tidur kak atie cukup..bawa berehat byk2.