Recent Posts

Tuesday, May 17, 2011

puding sagu pelangi...

assalamualaikum...
 ( entri tertangguh )



sebenarnya buat petang ahad, nih ada sikiiiiiiiiiiit lg... tu pun yg simpan utk en.suami. cara dia makan dessert sikit2 je, lepas makan.. 2lah baru dikatakan pencuci mulut katanya la kan.. hihi. lepas simpan utk dia sikit, selebihnya saya bawak pi skolah utk makan2..




sebelum balik skolah petang tuh, sempat lagi godek2 cari resipi... pastu terjumpa resipi puding kat belog kak LinaPG. dan memandangkan semua bahan2 yg digunakan tuh sangatlah mudah dan dah ada tersedia stoknya, terus tekad nak buat hehe









PUDING SAGU PELANGI
sumber : kak LINA PG
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran
( saya tambah lg air dlm 1tin susu td )





Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...




puding nih klu pkai santan mesti terasa kelemak2 kannya.. hihi nati wat lain kali, kita ganti santan plk.. pastu utk setiap lapisan sebelum dilapis dgn yg lain jgn lupa cakar2 sikit ngn garpu. klu skip part nih, nati puding tak kan bercantum tau.. hihi saya lah org yg menyekip part tuh haha


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku

4 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

cantik jer warna pelangi tu...puding sagu ni mesti sedap di makan sejuk sejukkan...
Saya copy dulu yer resepinya....

cik cek said...

Emmm...rajinnya melapis pudng sagu...warna2 ceria...sedappnyaaaa...nym..nyum...yummmy....:)

munna said...

CANTIKNYA PUDING SAGU NI... RASA SAYANG NAK MAKAN

lina_pg said...

cantiknya puding pelangi ni..kalau tak nak cakar/toreh ngan pisau agk2 br nk keras terus tuang lapisan seterusnya.Kalau mmg dh betul2 keras,puding akan tertanggal cam kuih lapis..pepon mmg dh cantik sgt tu