Recent Posts

Saturday, May 14, 2011

kek tiramisu..... best sgt!

assalamualaikum...

akhirnya.. kali pertama seumur hidup, makan kek tiramisu buatan sendiri hehe tak jangka pun nak buat, tetiba keinginan datang membuak2 dah tak bleh nak tahan2 dah..saya pun dah lupa bila kali terakhir saya makan tiramisu.. saya stop makan tiramisu lepas dengar cakap2 orang, klu tiramisu kat kedai kek yg mahal2 tuh diorang campur alkohol nak bagi kek tuh tahan lama... tak tahu lah betul ke tak kan... tp bila dengar camtu, terus was was nak makan....


tp sekarang, tak yah lah saya duk tahan2 je tekak nak menikmati tiramisu lagi ye... rupanya senang je nak buat. simple sesangat dan hasilnya sgtlah berbaloi2 hehe bayangkan klu beli kat kedai, sepotong rm berapa??? padahal rasanya lebih kurang je pun... ntah2 sedap lagi yg kita buat sendiri kat rumah.. ye tak?? paling penting, dapat jamu keluarga dengan hasil air tangan kita sendiri.. puaaaaas sgt2.

dlm kul6 petang lebih2.. setelah menuggu kehadiran anak murid yg nak tengok camana berlakunya kejadian tiramisu, terus kita buat benda alah yg sedap ni hehe.. camana cikgu mardhiah?? best tak?? hehe
mmm... asalnya nak guna biskut boudoir / ladyfingers tu... after balik keje, singgahla kat kedai bakery dekat sini, tp hampa.. tak delah pulak. nyesal tak beli aje masa kat kedai bakery kat A.S aritu. situ nak borong pun buleh.. hehe

so, terpaksa lah pakai kek span je... saya beli tepung kek segera jenama NONA yg berperisa coklat. utk rujukan, saya jenguk resipi kat SINI dan SINI... dan tengok video kat youtube jgk... hasilnya, dengan sedikit pengubahsuaian, terjadilah seperti resipi  di bawah ye :)

 
 bahan2 :
1 biji kek span
250gm cream cheese
250 ml whipping cream
1/2 cwn gula halus
2 biji kuning telur
3/4 cwn bancuhan air nescafe
esen vanila
serbuk koko

cara membuat :
1. pukul kuning telur dan kacau di atas api menggunakan kaedah double boil shg kuning telur berubah warna dan ketepikan.
2. satukan cream cheese, whipping cream, gula n esen vanila. pukul sehingga kembang. kemudian masukkan bancuhan telur tadi, dan pukul sekejap.
3. bahagikan kek kpd 2 bhgn
4. di dalam bekas, lapiskan dengan kek.. kemudian basahkan dengan bancuhan air nescafe  dan lapiskan dengan bahan cream.
5. ulangi step yg sama sehingga terjadinya 2 lapisan kek dan cream.
6. akhir sekali, ayak @ taburkan serbuk koko di bahagian atas cream.
7. sejukkan sebelum dihidangkan...
( faham tak ayat2 saya kat atas tuh??hehe mcm terbelit2 je ) 



3 comments:

Hanim said...

assalamualaikum...
tringin gak nak cube. whipping cream tu kalau gune yg picit dlm botol tu beleh ke?

atie @ ejay said...

bleh kot..sbb tgk kt you tube dorang pakai cream tu

Anonymous said...

teda pakai mascaporne cheese kan mcm tiramisu yg lain