semua entri tertunda..peram dlm draft.. ari ape ntah tetiba saya rajin nak men"donat" nih hehe punya lah semangat nak buat, pastu dah terbayang2 camana nak make-up donat nih bila siap.. sekali donat tak jadiik.. huwaaa.. singgah kat belog jintan manis yg membuatkan saya terliur nak cuba donat mayo... nak tengok resipi ngn , lebih lanjut klik SINI
nak tengok rupa donat saya???
ha.. tengok bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehe ada rupa donat tak??? hehe masa kita campur semua bahan dlm bekas, tetiba baru kalut nak carik yis.. nasib baik ada.. pastu sukat punya sukat punya sukat yis, hehe dapatlah tak sampai satu sudu teh. tp uli jgkla adunan 2 semua. dah siap, kita peram la kan.. lepas 1/2jam, pi jenguk.. doh tak naik2.. tunggu lg sampai sejam.. pon masih duk saiz sama je.. hehe tension jgk. bila goreng, haruslah tak jadi... eeii buat penat je. toink!toink! tetiba dtg idea nak buat camni... pastu masuk oven, bakar sampai masak.. jd habuan utk en.suami.. sbb saya tak lalu makan sosej. tp bila cuba2 makan, abis seketul.. eh sedap la plk.. pastu lalu la plk makan sosej tuh hehe
Sumber resepi: http://www.jintanmanis.com/
Bahan-bahanya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment