Recent Posts

Saturday, April 2, 2011

marble banana muffin

assalamualaikum...

sgt sibuk lepas masuk keje nih.. keje bertimbun tak siap hehe nak hupdate belog pun tak sempat dah. mapin nih pun dah lama buat. sehari sebelum kita masuk keje.. soh en.suami beli pisang kat pasar malam hari ahad tuh.. buka2 plastik tengok pisang dah ranum lebam.. ape lagi, jalan2 la kat belog izah pencinta muffin . pastu terus jumpa resipi muffin yg berkenan di hati kat  SINI.

muffin pisang marble.. muffin marble pisang.. marble banana muffin.. main ikut suka nak tulis je.. apepun bendanya tetap sama hehe hantar kat pengasuh auni sikit, hantar bekas yg penah dia isi sup utk auni. muffin nih makan keesokan harinya lagi bertambah sedap rupanya.. moist je..

 muffin kita mmg tak cantik.. klu buat muffin, dari segi rupa tuh memang orang akan pandang sekali je sbb tak shantik hehe tp tak pelah, yg penting rasanya sedap kan? saja kita tambah hirisan pisang nak soh nampak comel sikit...
gambar budak makan muffin harus masuk jgk:)


Marble Banana Muffin
Source: Bisous A Toi

Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)


Caranya: Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

1 comment:

Syigim said...

nampak sedap betul! saya pencinta banana :)