Sunday, February 20, 2011

kerabu tuna daun selom

sebenarnya kerabu nih dah habis pun..hehe
buat lauk utk makan tengahari jumaat aritu

tak mahu makan ngn nasi pun buleh jgk
ratah mcm tu je..mmg best sgt2
resipi asalnya ialah " kerabu sardin bersama daun selom "
ambik resipi ni dlm majalah WANITA Mac 2009
tp saya ubah ikut citarasa sendiri kes nak abiskan stok tuna
resipi asalnya mcm kat bawah 2..

bahan2:
1 tin kecil sardin ( saya pakai tuna ayam brand )
2 ikat daun selom ( pandai2 la budget )
2 tangkai bunga kantan hiris halus
2 batang serai hiris halus
1 labu bawang besar potong dadu
5 tangkai cili padi ( saya ganti ngn cili besar )
1 1/2 sudu kerisik ( saya tak guna pun )
jus limau kasturi sekucupnya ( saya lebih suka pakai limau nipis )
garam secukupnya

cara sedia :
1. isi ikan sardin dihancurkan terlebih dahulu.
2. masukkan daun selom, bunga kantan dan serai bersama isi ikan sardin
3. campurkan semua bahan lain dan gaul sebati


No comments: