Recent Posts

Saturday, June 3, 2017

Ayam Bakar Padang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih diberi kekuatan untuk menempuh ibadah puasa dalam keadaan yang agak mencabar juga kali ini...mudah-mudahan dapat berpuasa sebulan penuh untuk tahun ini.

Hampir seminggu berada di kampung, hari ni memulakan operasi di dapur rumah sendiri. Dah bertahun rasanya saya cuba sediakan juadah berbuka sendiri tanpa bersesak ke bazaar ramadhan walau keletihan bekerja..

Untuk juadah berbuka tadi..saya mencuba resepi baru untuk ayam bakar. Puas google resepi,hati terpaut dengan Ayam Bakar Padang..

Resepi asal boleh semak di SINI
Di bawah ialah resepi yang telah saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu dengan sedikit olahan..


Ayam Bakar Padang

Bahan-bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana dibelah 4
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar gula perang
1 kotak kecil santan KARA
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
4 biji cili merah besar
*semua bahan di atas dikisar halus

Cara memasak:
1. Panaskan minyak,masukkan serai,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.Tumiskan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan,daun limau purut,jus limau nipis,garam,gula perang dan ayam. Sesekali kacau dan balikkan ayam.. Kacau sehingga kuah agak pekat.
4. Akhir sekali bakar ayam sehingga keperangan.
5. Hidangkan ayam bakar tadi bersama lebihan sos yang dimasak.

2 comments:

juwairiyah hamdan said...

lamanya ustazah xmuncul dengan resepi baru. selamat berpuasa ustazah.

atie @ ejay said...

tak sempat...hihi