Recent Posts

Thursday, November 26, 2015

Kek Epal Hazelnut yang sangat sedap

Assalamualaikum...



Ni bukan kali pertama buat kek epal...sebelum ni dah cuba satu @ dua resepi..tapi yang ni, memang terbaik buktinya ada orang makan bertambah-tambah macam makan nasi hihi.. tukang buat pon sama laa...makan sepotong tak cukup, pastu potong lagi dan lagi.. alhamdulillah, memang suka sangat dengan rasa kek ni...

Puas juga google resepi kek epal sebab nak habiskan stok epal yang ada tu... bila jumpa resepi ni terus cuba memandangkan kacang hazel yang ada tu dah hampir tarikh luput.. resepi kek ni saya ambik dari Gourmet Food..


Memang tak rugi mencuba resepi ni sebab bahan-bahan yang digunakan agak simple dan cara membuatnya pun agak senang.. hasilnya inshaALLAH tak akan menghampakan. memang kena sangat gabungan epal dan hazelnut ni..Ok, kat bawah ni saya kongsikan resepi yang dah saya olah sedikit sukatan gula dan hazelnut..


KEK EPAL HAZELNUT
source : Gourmet Food 

Bahan-bahan :
500 gram epal ( saya guna granny smith hijau ) 
100 gram gula perang
100 gram mentega
150 gram tepung gandum
200 gram hazelnut ( resepi asal guna 160 gram je )
1 biji telur
secubit garam

Cara membuatnya :

1. Panggang kacang hazel di dalam oven selama 10-15 minit dengan menggunakan suhu 170C
2. Tanggalkan kulit  kacang hazel tu masa kacang tu panas-panas lagi...pandai-pandailah nak tanggalkan cemana ye. lepas tu sejukkan.
3. Kisarkan 150 gram hazelnut bersama dengan 50 gram gula menggunakan pengisar. Kejap je..jangan lama sangat..
4. Di dalam mangkuk, putar mentega bersama baki gula sehingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebentar sehingga rata.
5. Tambahkan campuran kacang hazel dan gula, tepung gandum dan garam.. Putar sehingga adunan sebati.
6. Potong nipis epal dan sediakan loyang spring form berukuran 20cm.
7. Ratakan loyang dengan separuh adunan kek dan susun semua hirisan epal tersebut,
8. Ratakan lebihan adunan kek ke atas hirisan epal.
7. Cincang kasar 50 gram hazelnut dan taburkan ke atas kek.
8. Bakar kek selama 50-60 minit dengan menggunakan suhu 170C. 
9. Biarkan kek sejuk sebelum ditaburkan sedikit gula icing ke atas kek.


SELAMAT MENCUBA...


4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnyaaaa..
Rasa nak ambil sepotong :)

adda syuhada said...

Wow, kek yang unik teringin sangat hendak mencuba. :)

atie @ ejay said...

Hahaha dah abis kak

atie @ ejay said...

Cubala...mmg sgt sedap hihi