Assalamualaikum...
Cara-cara
ada lebihan berry compote yang saya gunakan untuk filling victoria sandwich cake tempoh hari, jadi panaskan balik dan tambah dengan strwberi yang dibelah dua. untuk compote tu saya gunakan buah blueberi, stoberi dan buah mulberi dari pokok yang ditanam sendiri.. alhamdulillah, buahnya lebat.. masih ada stok mulberi yang dah saya frozenkan..
sebenarnya sekarang ni sentiasa update blog dengan menu-menu yang dah lama tarikh kejadiannya.. hehehe tak de masa nak terus update dan kongsi resepi.. kek ni rasanya seminggu sebelum cuti sekolah hari tu saya buat.. kali kedua cuba resepi SCJCC ni. hasilnya pun tak sama... berbanding yang pertama, kurang berpuas hati dengan tekstur kek ni yang lebih padat.. sebelum ni guna loyang yang lebih besar.. kali ni pulak guna loyang bulat 8 inci, bila bakar tu dua kali ganda naik, nasib baik baking paper yang dibuat alas sengaja saya lebihkan keliling loyang..
COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Bahan-bahan
- Bahan A:
- 250g cream cheese
- 50g butter
- 100 ml susu segar (fresh milk)
- 6 biji kuning telur
- 1 sdb jus lemon
- 1/4 sdk garam
- 60g tepung kek / tepung superfine
- 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
- Bahan B:
- 140g gula (granulated sugar)
- 6 biji putih telur
- 3/4 sdk jus lemon
- Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
- Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
- Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
- Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
ada lebihan berry compote yang saya gunakan untuk filling victoria sandwich cake tempoh hari, jadi panaskan balik dan tambah dengan strwberi yang dibelah dua. untuk compote tu saya gunakan buah blueberi, stoberi dan buah mulberi dari pokok yang ditanam sendiri.. alhamdulillah, buahnya lebat.. masih ada stok mulberi yang dah saya frozenkan..
kat bawah ni kek yang saya buat menggunakan loyang yang lebih besar.. teksturnya sangat berbeza..
2 comments:
sedapnya, baru buat jugak cuma tak entry kan lg
Salam atie....T/Kasih singgah blog kak azatie ya.Wah!Sedapnyaaaa kek tu..nampak soft jerrr.Rajin sungguh atie ni larrrr...
Post a Comment