Sunday, September 15, 2013

Kek Durian Delight

Assalamualaikum...


Hujung minggu lepas punya projek... nak abiskan stok isi durian yang ada..
macam-macam impian nak buat.. durian goreng lah, aiskrim durian lah..
akhirnya buat bingka durian.. pastu buat pulak kek yang sedap berkrim nih.

bila singgah kat blog ABM ni, terberkenan lah pulak ngn dia punya Durian Delight..
kali nih dah tak tangguh-tangguh.. terus je buat.. hihi tapi saya nih fobia sikit nak buat kek span..
sbg jalan mudah, saya gunakan tepung ready mix je muahaha tapi kalau nak lagi senang, beli je kek span yang dah siap kan kan..

guna yang ready mix pun, masih tak terlepas dari badi kek span hahaha
asalnya tiga lapis ni, tapi satu loyang lagi tuu terpaksa sedekah dekat cik tong..
pasal pe ntah, atasnya naik gebu elok je..tang bahagian bawah kek tu macam bingka pulak...frust betul..
gitau suami, ish malas pulak nak buat.. tinggal 2 lapis je kek, macam nipis je..tak mau buat laa...
suami pulak balas... apa salahnya..buat jelaaa...
hahaha tu yang jadi jugak ni... tapi tak cantik la kan..
sikit punya frust, dia punya outer layer cream tu saya skip je..

apapun kek nih memang sedap..lemak berkrim..next time nak try buat lagi..
boleh  cuba resepi yang saya kopikan di bawah ye..
TQ ABM :)


KEK DURIAN DELIGHT
sumber : ABM
BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)

Kek Span Vanilla
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula halus (blender halus gula biasa)
50g minyak sayuran
150g tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil baking powder
100ml air (nak ganti susu segar pon boleh)

bahan B
3 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar
60g gula kastor

Cream Durian Delight
500g isi durian (dikisar)
250ml non-diary whipping cream
1 sudu kecil gelatin halal
2 sudu besar air

Outer Layer Cream
100ml non-diary whipping cream
1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)


CARA CARA

Kek Span Vanilla
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit.
5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.

Cream Durian Delight.
1. Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
2. Putarkan whipping cream sehingga kental.
3. Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.

Outer Layer Cream
1. Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan.
(Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)

Penyediaan.
1. Belah kek kepada 3 bahagian. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
2. Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya. 
3. Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.




3 comments:

Sweet red cherry said...

sedapnya makan kek durian..

adda syuhada said...

sedapnya..

ummiaisyah said...

not bad...kek span ni mmg ada caranya...just dun give up...
kiter pon lm dh tringin nk buat...tp dok berangan je ..heheheh