assalamualaikum...
dah tengok Puding Coklat Sos Kastard saya yang tak jadi??
sehari selepas kenduri , saya buat sekali lagi sebab tak puas hati..
heran kenapa yang tak jadi tu boleh tak jadi hihi
memandangkan sos kastard masih banyak saya kuatkan semangat
jadi inilah hasilnya...alhamdulillah....
PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
dicuba oleh : atie
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

kes yang tak jadi hari tu tak tau mana silapnya... atau saya sendiri yang tak pandai... masa cari serbuk agar-agar kat Mydin Kuala Terengganu tu hati dah cuak.. cap bunga Raya yang saya selalu guna tak ada pun.. lepas tu jenama lain yang ada tak ada satu pun yang plain kecuali serbuk agar-agar cap Nona yang sekotak tu ada 90 gram... biasanya yang selalu duk guna yang dah dipeketkan 8-10 gram setiap peket kecil.. ambil jugalah serbuk agar-agar cap nona tadi. so, masa nak sediakan puding ni saya anggar je berat serbuk agar-agar tadi ikut resipi.. rasa tak sedap hati juga.. akhirnya puding coklat saya caaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiir... sangat frust ok.
bila buat lagi kali nih , saya dah tak ikut sukatan resipi dah... baki serbuk agar-agar yang 90 gram tu habis saya gunakan... serbuk koko 1/2 cawan saya guna kemudian tepung kastard pun saya lebihkan... janji puding saya nampak rupanya dan tak cair.. jadi hasilnya macam dalam gambar-gambar ni semua... macam kak nor cakap, puding ni takde shape.. teksturnya ala-ala dadih gitu... heran kan... berganda-ganda sukatan serbuk agar-agar cap nona saya guna , tp takde keras sangat pun... sedang2 je... jadi kalau masa saya buat hari kenduri tu setakat guna 1 sudu besar penuh , mmg patut pun cair.. lain kali saya tak kan pakai dah serbuk agar-agar cap nona ni.. buat kita rasa keciwaaa hihi
PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
dicuba oleh : atie
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
5 comments:
aduh sedapnye...dmakan sejuk mesti xsedar..bergelas2 skali ngadap kot..
salam from FnF...sedapnye puding coklat ni...siap ada sos kastard... ;)
salam atie
sedapnya
nmpk sedap ne..patut dicuba :)
salam..
agar2 cap nona mmg x menjadi sgt..
saya dh pernah terkena...nangis tgk agar2 lembik... last2 saya beli serbuk agar2 cap burung layang...
Post a Comment