Sunday, February 6, 2011

kopi tingkatkan kecerdasan otak wanita


wanita yang minum kopi akan menjadi lebih bersemangat dan cergas untuk melakukan tugas mereka

pengambilan kafein secara berlebihan sering dikatakan akan memberi kesan tidak baik kepada badan. bagaimanapun kajian yang dilakukan oleh Universiti Bristol di London menunjukkan kopi dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak seorang wanita.
kajian itu mendapati kandungan dalam kafein dapat meningkatkan tahap prestasi golongan wanita semasa dalam situasi tertekan tetapi memberi kesan sebaliknya terhadap golongan lelaki.
lelaki yang mengambil minuman mengandungi kafein akan menjadi kurang bersemangat dan mengambil masa agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
beberapa pakar mengatakan kesan pengambilan kafein kepada lelaki dan wanita terletak kepada cara mereka menangani tekanan dalam hidup mereka.

sumber:sinar harian 05 FEB 2011


2 comments:

ch@ said...

kita suka kopi. tapiii jarang mengambilnya. sebab tak berapa reti nak bancuh, nanti pahit. ekekeke.

Anonymous said...

mamaqari mmg x minum kopi..lps minum mesti sakit kepala