Recent Posts

Thursday, January 27, 2011

ibu menyusu takleh minum kopi ke??

bagi penggemar kopi mcm saya nih nak buat camane ye? hari2 mesti nak minum kopi jgk tekak ni..

Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.

Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.

Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B. Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.

agaknya susu saya kurang masa lahirkan auni dulu sbb minum kopi ke?
sepanjang peknenkan dia,saya minum kopi radix 2 hari2.. kdg2 2,3x sehari
bila kandungan masuk 8bln baru stop minum kopi...

info:kredit to IbuAddinNasa

4 comments:

eT said...

yer ke kak...
eT pon suka sangat minum kopi...
cane nih???adehhh

SuRiaHaZNi said...

ye ke? aku ms pantang duk minum kopi kapal api ok je..byk je susu ..pastu pada aku la..kopi radix leh jd milk booster la..n cocoa radix too..try la..

atie @ ejay said...

et: hehe xtaula.. susah nak tahan ngn godaan kopi nih

atie @ ejay said...

suria :aku radix mmg xputus
hari2 minum kopi radix
cocoa radix xbest hehe