Recent Posts

Thursday, March 17, 2011

roti john

assalamualaikum...

alhamdulillah... pagi tadi saya sgt rajin menyediakan sarapan utk en.suami dan saya juga. mata mengantuk pun gagahkan diri jgk sbb dah terlajak menabur janji malam td ngn en.suami hehe 1st time buat roti john sendiri.. selalu beli kat pasar malam je kan. padahal bukan susah pun, tak sampai 15 minit dah siap utk dimakan!wow hehe.. klu camni, hari2 bleh buat...

saya jenguk resipi kat sini sebagai rujukan dan panduan.. pastu main agak2 sendiri utk buat 3 biji roti john ngn roti hotdog gardenia tu. tebal ngn telur plk tuh, sbb saya lebihkan sebijik lg telur hehe camano nak kurus lagunih:)


Bahan-bahan


150g daging cincang ( saya pakai ayam )
1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 sudu kecil serbuk kari
carrot @ kentang- (optional) - potong dadu kecil
garam
2 biji telur
daun sup - cincang halus
minyak @ butter
Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
Sos Cili@Tomato dan mayonis
( saya tambah sedikit serbuk jintan manis )

Cara-cara

>Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
>Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
>Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
>Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

 


No comments: