Recent Posts

Thursday, January 26, 2012

auni dan ali...

assalamualaikum...


tiba2 rasa nak menulis sesuatu tentang dua beradik ni..
dua2 dah nyenyak tidur keletihan.. mujur awal diorang tidur..
esok kami dah nak bertolak balik ke utara.. boleh rehat sikit..
kakak dan adik... auni dan ali...
aset ayah dan ibu paling berharga untuk kehidupan di dunia dan akhirat..

nih gambar lama yang ibu selongkar dr fb ayah...
rambut ali nipis lagi lepas cukur botak utk kali ke3..
nih dah panjang balik...nak kena cukur lagi pkai mesin...

kakak auni....
dah semakin cerdik... dah tahu nak tunjukkan apa yang dia rasa
sangat suka berkawan.. bila balik kampung jumpa sepupu2nya memang akan lupa ayah dan ibu
nak balik Marang semalam pun, kena usung masuk kereta..
meraung2 nangis.. kesian bila tengok dia nak ikut sepupunya tu..
semakin besar ni,dia dah senang nak masuk bergaul..
dengan pakciknya pun dia dah tak takut..boleh ronda2 naik motor sama
klu tak, sebelum ni dekat pun tak nak...
suka bersekolah ( nurseri )..
dah mula pandai baca doa makan dan macam2..
pagi2 kejut je cakap jom kakak dah nakgi sekolah, terus je bangun

ali...
gigi atas bawah dah mula kelihatan...
sangat manja.. nak je main2 dan tegur2 orang, tp tetap nak bertempek ngan ibunya
dah masuk umur setahun... tp ibu takde buat entri khas pun utk ali.. maaf ye:)
berselera makan apa saje, tp tubuh tetap selim melim hihi
gaya tuh mcm dah nak berjalan... tp entah bila agaknya.. sebulan dua lagi kot
kesian dia bila eczemanya tak lega lagi.. susah bila dia nak tidur
mmm badan ibulah yang jadi mangsa hentakan dan tandukan kepala ali

auni dan ali...
walaupun kadang2 ayah dan ibu kepenatan melayan kamu berdua,
kami berharap moga Allah kurniakan kami rasa SABAR..
buangkan jauh2 segala keluhan..
anak itu aset pelaburan di dunia untuk kehidupan di akhirat..
moga2 kami berjaya mendidik anak2 dengan baik...
agar beroleh kebahagiaan di dunia yang sementara, juga akhirat yang abadi...
amiiiin...




1 comment:

amiey lee said...

kita doakan yang terbaik tuk mereka berdua..tgk depa teringat sarah and ashraf..huhuhuh

alahaiii