Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Coklat Cheese Tart - oder

Assalamualaikum...


Lama benar dah buat cistart ni...
oder dari rakan sekerja..hihi
layan gambar dan resepi jela.. tq k.anna yang banyak kongsi tips :)

CHOCOLATE CHEESE TART
Sumber : AnnaQawina

CRUST
Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • EDIT : Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • Choc.ganache secukupnya. untuk adunan cheese
  • Choc.ganache secukupnya untuk inti & perlu disejukkan dahulu dalam peti ais supaya lebih kental & senang untuk paipkan dalam crust

CHOC.GANACHE
Bahan-bahan :
  • 200 grm coklat masakan
  • 100ml susu cair/150ml whipp. cream
  •  1 sdt butter
(Double boiler coklat bersama susu cair, dah agak2 mencair coklat tu, tutup api, teruskanmengacau sehingga coklat benar2 cair & masukkan butter, kacau sebati)

 

Cara-cara :

  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan choc.ganache secukupnya, boleh rasa untuk tahu setakat mana yang ada perlukan.
  • Masukkan inti/filling ke dalam kulit tat.
  • Tuang cream cheese ke atasnya. 
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Sumber telahan : Kak Azita Zain, Citarasawan, Zack Zachoes
 

Thursday, July 18, 2013

Blueberry Cheese Tart & Tempahan

Assalamualaikum....



dah lama sebenarnya nak buat entri pasal cistat ni.. dah buat pun sebelum puasa hari tu.. tp tersimpan rapi dalam draf je.. blueberry cheese tart ni adalah tempahan dari kawan-kawan. tak terfikir untuk ambik oder, tapi bila ada orang nak apa salahnya kita buatkan.. nak kata kita nih pandai sangat tak adelah. alhamdulillah, yang penting diorang berpuas hati..

nak berterima kasih buat kak anna yang sudi memberi tunjuk ajar dan melayan segala pertanyaan yang saya ajukan berkenaan dengan cistat ni. semua tart yang saya hasilkan bersaiz 5cm..sebab acuan saiz ni je yang banyak ada dlm simpanan hihi dan ini juga kali pertama saya gunakan resepi crust yang digunakan oleh kak anna ni. sebelum ni saya guna resepi pastri dr chef anuar seperti yang saya pernah guna kat SINI, SINI dan SINI.

 

CRUST / TART SHELL
Sumber : kak anna qawina

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) 
  • *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.





CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  •  ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
  5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.





dan yang ada bunga kecik merah tu ialah tempahan dari kawan untuk pertunangan adiknya.
rasa cam kedekut la pulak, isi krim tu tak melimpah.. maklumlah, ni cistat pertama yang saya buat utk kawan yang mengoder. tangan pun terketar2 masa nak isi filling dan krim tu... 

Monday, June 3, 2013

Apple Cream Cheese Tart

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dalam jam 10 lebih tadi selamat sampai kat kampung suami dari kampung saya hihhi mujurlah negeri kitorang ni berjiran. Pastu tak jauh sangat,dalam 2jam lebih perjalanan je. Tadi pun dah lewat bertolak,hampir jam 6 petang dah.siap trtinggal barang,tapi tak berani nak patah balik takut kena marah. Macam biasalah ma dan ayah cukup tak senang kalau kami bertolak lewat dengan anak kecik ni. Tapi dah sampai Kuala Terengganu tadi sempat pulak singgah kat belakang Pasar Payang tu ambik gambar hihi

Ok,ni salah satu menu yang ada dalam AROMA JUN. Dah lama lah kiranya saya buat tart ni. Tetiba je buat tart ni gara-gara tengok Laura Calder (betul ke ejaan ni)host French Food at Home buat tart apple berkeju ni. Pastu macam biasa,mulalah teringin hihi. Tak sempat nak salin resepinya,jadi godek-godek pakcik google.




APPLE CREAM CHEESE TART

Bahan-bahan :
kulit tart
3 sudu besar mentega
2 sudu besar gula halus
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

untuk filling
110 gram cream cheese
1 biji telur gred B
2 sudu besar gula halus
3 biji epal hijau - dibuang kulit dan dihiris
3 sudu besar gula perang
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
hirisan atau badam cincang secukupnya




Cara membuatnya :

  1. Di dalam satu bekas , gaulkan kesemua bahan-bahan untuk membuat kulit tart sehingga mendapat doh yang lembut.
  2. Sediakan acuan tart  berukuran 6 inci, griskan dengan sedikit mentega. Tekan doh sehingga rata dan ketepikan.
  3. Pukul krim keju bersama telur dan gula halus sehingga lembut dan licin.
  4. Tuangkan adunan krim keju ke dasar kulit tart yang telah disediakan.
  5. Gaulkan hirisan epal bersama gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Kemudian susun kemas di atas filling keju.
  6. Taburkan hirisan badam dan bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180.

Update belog pakai anset nih pening pulak jadinya. Tak pasal2 gambar hilang. Tak pelah yang ada ni pun dah cukup kan? Kalau ada typing error tu nak wat camana sebab menaip sambil tidurkan budak kecik. Mata tak ngantuk lagi, nanti leh sambung marking paper pulak.

Monday, April 30, 2012

fruit tartlets.. 1st time merasa yg sendiri buat

assalamualaikum..

inilah hasilnya setelah berpenat lelah buat kulit tartnya... lenguh kaki betis bagai sbb sepanjang nak abiskan 2 kali ganda adunan doh tart tu, saya wat keje sambil berdiri.. ntah, macam lah takde kerusi kat dapur tu kan.. pastu bila dah tak larat nak penyet2 doh tu, maka terhasil lah jugak tart telor berperisa lemon tu dah lama lama lamaaaaaa sangat nak makan tart buah buatan sendiri nih, akhirnya lewat petang sabtu aritu tercapailah hasrat keinginan tu


hari sebelum tu buat pavlova biru , jadi masih ada lah baki buah anggur , kiwi dan strawberi..
untuk pastri saya gunakan resipi yang sama je.. ntah bila nak tukar resipi lain..
saya camni lah.. kalau dah terlekat ngn satu2 resipi tu, payah dah nak cuba yg lain
tp bagi saya mmg resipi utk pastry ni mmg dah sangat sedap
kadang2 buat banyak2 utk stok.. klu lama sangat nak berisi filling, makan camtu je pun best


PASTRY
Source : Chef Anuar
Ingredients :
160g butter
80g castor sugar
1 teaspoon vanilla
a pinch of salt
1/2 egg ( saya pakai sebijik )
250g flour
**saya buat dua adunan , pun masuk sebijik je telur


Method :
1. Beat butter and castor sugar till well combined. Add in egg, vanilla and salt.
2. Add in flour and mix till a soft dough is formed.
3. Keep in the regfrigerator for about 30 minutes.
4. Press into the tart shells moulds and prick some holes onto the pastry.
5. Bake for 20 minutes or until golden brown in a preheated oven at 180 C




LEMON CUSTARD FILLING
Reference : kak ummi
Source : atie

Ingredients :
4 tablespoons custard powder
200ml water
500ml fresh milk
2 eggs ( i used grade B size)
2 tablespoons butter
2 tablespoons lemon paste


Method

1. mix all the ingredients except butter and lemon paste in a pot. Stir to mix.
2. cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
3. add in butter and lemon paste.
4. stir again till the mixture thickens and shiny.
5. when it's ready, remove from fire and allow to cool. Ready to use.

To assemble:
1. Pipe the custard into the tart shells using a piping bag.
2. Arrange the fruits of your choice. 


utk filling tu, saya sengaja ubah.. try letak lemon paste...
cubalah... mmg sedap bila ada rasa lemon tu
nanti klu buat lai cream puff ingat nak pakai resipi filling nih jugak
sangat2 sedap dan berpuas hati hihi


Sunday, April 29, 2012

Tart telur

assalamualaikum..

 rasanya ni kali kedua saya buat tart telur..
ingat lagi kali pertama buat, gelabah peluh2 bila tengok filling melimpah keluar masa bakar
mana taknya, isi filing penuh je.. pastu bila kulit tart mengembang, tak cukup tempatlah filling tu
maka melimpah2 keluar.. hihi pengalaman... biasalah sebelum nak jadi elok, mesti tak jadi dulu kan...
nih camana leh "terbuat" tart telur... gara2 nak abiskan doh utk buat kulit tart dengan cepat
tu la... tamak sangat, uli doh sampai dua kali ganda adunan
saya sgt setia dengan resipi  yang satu nih,  macam saya buat kat SINI
tak pernah lagi buat kulit tart pakai resipi yang lain..

 Dan utk fillingnya, saya main agak2 je dan guna bahan mana yg ada je
terutama telur kuning baki dr buat pavlova tu.. tak tahu nak buat ape ngn telur kuning tu

 Bahan2 utk filling :
( muat elok dengan saiz bekas yang saya guna )
1 cwn susu segar
5biji telur kuning
1/2 sudu besar kastard
4 sudu besar gula
1 sdu besar lemon paste

**satukan bahan2 dan tuangkan dalam pastry dan dibakar sehingga masak.

alhamdulillah..nasib baik menjadi je fillinf tuh dan rasanya mmg best bila masukkan lemon paste..
alkisahnya sbb esen vanilla dah abis hihi

Monday, April 18, 2011

strawberry cheese tart..hasil keras tangan:)

assalamualaikum...
( nih entri ari sabtu aritu...malas nak upload gambar masa tuh )

hehe tengoklah hasil keras tanganku ini.. dah namanya keras tangan, mmg tak cantik betullah dia punya calitan hiasan kat atas cheese tart nih..  walaupun puas tilik tutorial dr belog kak azita. hehe nak buat camana kan.. tak pe la, mujur cheese tart nih sedap ngn filling strawberry. resipinya, masih guna yg sama ngn blueberry cheese tart yg penah saya buat kat sini

kali nih saya pakai tatura cream cheese... tatura nih murah je.. lebih kurang separuh harga murah dr philadelphia punya.. dr segi rasa?? bolehla... sedap jgk.. tp dr segi tekstur bila dah masak, tak sama ngn cream cheese mahal ekeke.. en.suami kata, dia suka tatura, rasanya tak masam sgt hehe yeke? apepun, sgt jimat dr segi harga.. rasanya boleh tahan.. yg penting, halal ye.

auni pulak, duk jilat filling je... abis licin filling tuh, kulit tart dia buang tak mau.. eeiii membazir aje.. 




Wednesday, March 16, 2011

blueberry cheese tart... best!

assalamualaikum...

alhamdulillah.. berjaya juga melaksanakan misi utk membuat cheese tart malam semalam setelah sekian lama memendam hasrat hehe. ambik resipi nih kat blog mamafami . sebelum nih dah kumpul resipi dr sumber2 yg lain, tp bila jenguk sana, mcm lagi mudah je.. makin bersemangat lah saya utk mengetart nih. sebelum nih penah buat tart telur kat sini


kulit2 tart yg dah siap dibakar.. tunggu nak isi filling je
abaikan rupanya yg tak berapa cantek

sbnarnya nak buat filling blueberry 2 b'bentuk hati..
hmm tak dok seni.. jd lorek2 ala marble jelah kan

tunggu utk masuk oven kali ke2 nya..
nak tengok resipi ngn lebih lanjut lagi boleh jenguk sini

PASTRYSource : Chef Anuar
Ingredients :
160g butter
80g castor sugar
1 teaspoon vanilla
a pinch of salt
1/2 egg ( saya pakai sebijik )
250g flour

Method :


1. Beat butter and castor sugar till well combined. Add in egg, vanilla and salt.
2. Add in flour and mix till a soft dough is formed.
3. Keep in the regfrigerator for about 30 minutes.
4. Press into the tart shells moulds and prick some holes onto the pastry.
5. Bake for 20 minutes or until golden brown in a preheated oven at 180 C

FILLING
Source : Chef Alex Goh

Ingredients :
250g Philadelphia Cream Cheese
60g castor sugar
20g butter
1 egg (grade B)

Method :

1. Cream the above ingredients. Place in the piping bag.
2. Pipe the filling onto the tart shells.
3. Place a bit of blueberry pie filling on top and using a toothpick, make a pattern on top.
4. Return to the oven and bake for another 10 minutes, using the bottom heat only.



semua sekali dapatlah 38 biji..

blueberry cheesetart nih sedaaaaap sgt2. nyesal tak cuba awal2 dulu lg hehe saya nih takut sikit nak try resipi yg pakai cream cheese takut tak jadik.. hehe maklumlah keju seketul dah bape hinggit  ( kedekut bunyinya.. )
en.suami tanya : klu letak cekelat boleh tak ganti filling blueberry?
biasala kan klu dah gemar cokelat.. hehe buleh2 bang. nanti buat sekali lg saya letak cekelat plk . auni konfem suka punya lah.. malam td pun dia korek makan filling keju tu je. sayang plk kat pastry tuh, penat ibu duk tekan2 nak bagi tomei.

**trima kasih pd en.suami yg sgt rajin ambik gambar hehe