Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Showing posts with label cheese cake. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Soft Cotton Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum...



sebenarnya sekarang ni sentiasa update blog dengan menu-menu yang dah lama tarikh kejadiannya.. hehehe tak de masa nak terus update dan kongsi resepi.. kek ni rasanya seminggu sebelum cuti sekolah hari tu saya buat.. kali kedua cuba resepi SCJCC ni. hasilnya pun tak sama... berbanding yang pertama, kurang berpuas hati dengan tekstur kek ni yang lebih padat.. sebelum ni guna loyang yang lebih besar.. kali ni pulak guna loyang bulat 8 inci, bila bakar tu dua kali ganda naik, nasib baik baking paper yang dibuat alas sengaja saya lebihkan keliling loyang..




COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Resepi : Alma & kak Hana

Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.



ada lebihan berry compote yang saya gunakan untuk filling victoria sandwich cake tempoh hari, jadi panaskan balik dan tambah dengan strwberi yang dibelah dua. untuk compote tu saya gunakan buah blueberi, stoberi dan buah mulberi dari pokok yang ditanam sendiri.. alhamdulillah, buahnya lebat.. masih ada stok mulberi yang dah saya frozenkan..


kat bawah ni kek yang saya buat menggunakan loyang yang lebih besar.. teksturnya sangat berbeza.. 


Friday, February 17, 2012

chilled mango cheese cake utk suami...

assalamualaikum.....

alhamdulillah akhirnya, berjaya meluangkan sedikit masa utk berkongsi resipi yang telah dicuba... ini adalah kali ke2 saya membuat ciskek mangga yang sedap sempena besday en.suami.. kali pertama buat ciskek mangga merangkap kali pertama juga dalam hidup menikmati ciskek buatan sendiri boleh jengah ke SINI

 walaupun kurang berpuas hati tengok dia punya rupa, tp takpelah...rasanya yang enak tu lagi penting kan... 1st dulu,saya pakai biskut oreo sbg dasarnya.. kali ni guna biskut marie je... klu ikutkan hati, nak je susun mangga tu jadi bunga penuh satu kek.. hahaha tp tak larat nak nyusun, jari jemari dah lenguh2...


chilled mango cheese cake
sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie 
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil) - saya pakai 250ml

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua..

pastu, tengok jelah keje orang yg tak berapa nak rajin, nampak ijau2 je kan.. sebab kupas mangga pun ala kadar je... nasib la kek nih sedap dan suami pun sangat suka... ok, takleh ngadap laptop lama2... babai



MASAK SENDIRI LAGI BEST...
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, January 7, 2012

Oreo Cheese Cake, utk kali keduanya....

assalamualaikum...


ok, bila dapat je peluang terus rasa nak update belog dan berkongsi menu2 dan resipi yang dah lama jadi makanan perut ni hehe. ni kali kedua buat kek yang sedap dan berlemak2. 1st buat utk besday anak buah aritu.. plan asalnya buat kek ni utk kek birthday anak dara sorang ni... tp atas kesilapan teknikal la kot, belum sempat hias bagai, dah kena potong hihi

 hari kejadiannya 25 Disember tahun sudah hihi kebetulan dgn jiran setaman / kawan sama jabatan ngn en.suami buat kenduri masuk rumah. janjilah ngn teman lama, teman masa sekolah, teman satu U. dia nak datang rumah.. asalnya nak datang petang2.. alih2 tengahari dah sampai... pastu teman en.suami pun datang bertandang ke rumah jgk.. apalagi, potong jelah kek tu utk hidangan tamu2 semua kan.. takpe2.. nanti buat kek lain utk auni...

 kalau nak kan resipinya, boleh jenguk ke entri SINI
atau boleh je terjah terus ke dapur kak ummi ni :)


sekian... kena cepat dan pantas..
oh, loceng oven dah berdenting2 tu...
camana lah rupanya KEK PEACH itu.....

Tuesday, November 8, 2011

Kek Coklat Kukus Keju Koktel... sedaaap:)

assalamualaikum....

akhirnya tercapai jugak hasrat utk merasa kek yang kelihatannya sangat sedap itu... semangat berkobar2 sebenarnya nak buat kek nih. manakan tidak... saya penggemar kek coklat.. pastu bergandingan pulak ngn cis..  tak buat pun dah tahu sedap hihi tengoknya kat dapur kak izah kita... pastu bila nengok hasil seni kak ita nun jauh di selatan, mmg terguda abes.. terus membakar semangat nak cuba buat kek nih...

 masa shopping barang2 kat tesco, terus je sambar 2,3 ketul cream cheese dan mango yogurt 3 bekas kecik tuh.. tp bila masa nih asyik nak kena kejar je, mula lah kalut duk check tarikh luput yogurt tu... tp masih jugak tak sempat nak buat. tp bila keluarga en.suami datang bertandang ke rumah, tekad nak buat dah. cuma cari masa yg sesuai je.. maklumlah kek camnih bila masak, bukannya leh terus masuk mulut kan.. nak kena sejukkan dulu.. ntah kenapa tetiba sehari tuh terbuat kek tiramisu mcm yg slalu duk buat tu. ingatkan MIL makan.. rupanya dia tak makan keju... bila dah camtu, terbantut lg hasrat saya nak buat kek nih...


akhirnya setelah tarikh luput yogurt tu tinggal sehari dua lagi, pada 29 Oktober 2011 yg lalu... saya berjaya jugak hasilkan kek yg rasanya sgt mabeles ni... buat half je bahagian kek tu.. utk topping, buat satu bahagian. so, rasa kek dan topping tuh ngam2 sedap hihi layer kek dan topping cis samaa je menambahkan lagi selera anak tekak menelan cis yg sejuk tuh:) ingat nak buat 2 lapis mcm kak ita buat, tp atas kesilapan teknikal, keinginan tersebut terpaksa dilupakan... aritu saya merasmikan kuali tupperchef yg dah hampir setahun saya beli.. tersimpan rapi dalam kotak.. tak berani nak guna...
 Kek Coklat Kukus Keju Koktel
sumber : chef hanieliza
rujukan : kak ita, izah

Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1/2 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar - saya pakai serbuk gelatin
1 cawan yogurt perisa mangga - saya pakai 270gm yogurt ( 2 bekas kecil )
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.

*** utk topping, saya guna idea kak ita untuk gantikan air agar-agar kepada gelatin.
- saya bancuhkan 1 sudu besar gelatin dengan 1/2 cwn air
- tp akan datang saya rasa elok ditambah jumlah serbuk gelatin tu.. mungkin 2 sudu besar. 



 kek ni setelah seharian kita sejukkan... rasa sangat2 nyaman bila makan... berbanding en.suami, sayalah yang paling kerap duk punggah kek ni.. kakak auni pun berselera je makan... incik ali??? jangan tanya.. suap apa  pun dia tetap berselera lebih sambil tempik2 bila disuap... tp adik kuruuuuus je.. bila nak jadi sihat mcm ibu?? hihi

eh eh.. dah dekat jam 2 pagi nih... mata masih belum mengantuk...
rasa cam nak kemas je barang dan pakaian siap2...
esok pagi dah nak bertolak balik ke utara..
doakan kesejahteraan keluarga kami.. agar selamat sampai ke destinasi..
WASSALAM...

Friday, August 19, 2011

strawberry light cheese cake... 28th birthday

assalamualaikum...

hihi nak jamu mata teman2 yang sudi singgah kat sini ngn menu yg dah lama basi hehe baru ada kelapangan nak tayang dan berkongsi...

 sebenarnya buat kek ni sempena hari lahir aritu.. wat buka posa jela kan.. berdamping pulak ngn chicken chop.. alhamdulillah, kenyang yg amat.... pening2 lalat duk fikir nak buat kek ape.. last skali buat kek simple yg sgt best nih.. resepi mcm kat SINI jgk.. cuma tambah perisa dan warna sahaja.

 nampak comel je kan??? hihi tp tengok, bila dah potong...
sgt tidak cantik.. abaikan rupanya.. mmm cukuplah dgn rasa yg sgt sedap
tidak menghampakan... gandingan coklat dan stoberi.. sedaaaap sgt

 saya sudah jatuh cinta ngn cheese cake simple ini...
gebu dan lembap...


posa2 nih tak leh tulis panjang2 hihi

Sunday, May 8, 2011

chilled mango cheesecake... julung2 kalinya:)

assalamualaikum...

setelah lama menyimpan hasrat utk membuat cheese cake sendiri... akhirnya.. petang semalam saya telah berjaya!! yeay! suka hati sgt2.. this is my 1st cheese cake!.. taraaaaa...

waaaah sedaaaaaaaaaap sgt2 rasa mango cheese cake nih. sbnrnya dah lama duk simpan resipi oreo cheese cake. tp rasa mcm susah je nak buat so, sampai hari nih masih tak terbuat lagi.. dan boleh kata saya selalu duk google2 resipi cheese cake.. nak cari resipi yg simple dan yakin akan kemenjadiannya nanti..hehe sampailah petang semalam, rasa dah tak tertahan lagi utk buat cheese cake.pastu teringat resipi mango cheese cake yg penah saya usha kat dapur  CMG , pastu teringat pulak kat mangga yg dah ranum dlm peti.. yg saya beli kat R n R bukit gantang ke ape otw pulang dr KL minggu sudah.. haha dah lupa nama tempat tu. 

 bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tp cheese cake nih mmg best sgt.. rasanya pun tak muak.. hehe saya tak suka cheese cake filling blueberry tu...cepat muak.. ok, sbb kami ialah peminat coklat tegar.. makanya cokelat itu ada di mana2... hehe mesti nak letak jgk cekelat... seumur hidup ni lah cheese cake pertama yg saya hasilkan dlm hidup... 1st time guna gelatin dan whipping cream huhu bangga lah tuh.. lain kali klu nak makan cheese cake tak yah beli kat kedai.. buat sendiri lagi berbaloi2..

 chilled mango cheese cake
sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie ( saya pakai oreo + jacobs weetameal )
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")- saya guna NUR jgk
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil) - saya pakai 250ml ( gara2 nak abiskan terus sekotak )

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua..