assalamualaikum semua...
dah masuk tengahari ni, camana agaknya ngn puasa kita ye? buat saya, hari pertama ini sgt2 mencabar apabila demam datang bertandang menyambut sama kehadiran bulan yg penuh barakah.. batuk, selsema dan demam.. tekak terasa perit dan hidung yg berair... ditambah dengan demam yg melemahkan segala urat sendi dan sakit kepala yg membebani tubuh untuk bangkit...
malam tadi agak lewat saya menyudahkan solat sunat terawih berseorangan.. alhamdulillah dapat disempurnakan juga akhirnya dengan solat sunat witir 3 rakaat dengan ditemani sehelai tuala kecil di sebelah tikar sejadah.. alhamdulillah, dalam keadaan tubuh yg lemah dan kepala yg memberat.. saya dapat sediakan juadah ringkas buat saya dan suami untuk makan sahur... senang dan ringkas, buat roti john je... mmg kami dah bincang sebelum nih, tanak makan nasi mas sahur...
kisah 1...
http://stalkinglife.blogspot.com/... saya ialah salah seorang drpd silent reader dia punya blog.. ntah tadi tergerak hati untuk berkunjung ke blognya itu.. baru saya dapat tahu yang baby boynya aidan sebenarnya telah kembali dijemput Ilahi.. sangat sedih.. terasa sgt pantas masa berjalan.. saya sangat sedih walaupun tidak diceritakan dengan terperinci cerita kematian si comel aidan... terbayang wajah comel aidan yang tersenyum dan lesung pipit di pipi penghias wajah.... umurnya tak jauh beza dengan ali ilhamy hero kecik saya... saya sangat2 sedih hingga saya tidak dapat menahan rasa sebak dan menangis teresak2.. selepas tidak mampu menanggung esakan dan tangis, saya terus ke bilik air dan menyambung tangisan saya.. bimbang kalau suami perasan...
- saya bertanyakan cerita dr seorang kawan baik saya sejak kecil ttg kisah liyana dan aidan.. aidan demam2 teruk dan disahkan darahnya telah dijangkiti kuman...
kisah 2...
mawar.. juga kehilangan org yg sangat dicintai iaitu bapa kepada anak2nya yg masih kecil... catatan kisah suaminya dijemput Ilahi tercatat di Jalan Pulang. terima kasih Mamamya yg sudi berkongsi duka...
nolly@liyana dan juga mawar, anda insan yang sangat tabah... saya tak pasti, andai saya di tempat kalian, saya akan menjadi setabah itu dan utuh mengaharungi hari2 yang mendatang....
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, August 1, 2011
Friday, July 1, 2011
nangis baca kisah norma...
assalamualaikum...
tak sedar hari dah hampir senja.. cepat je masa berlalu...
sebenarnya dapat tahu kisah norma nih pagi tadi kat blog mrsK
dan klu nak tahu perkembangan lanjut kisah norma boleh singgah rumah kakak iparnya Moon
norma baru je kawin, dikurniakan baby bernama rafiq.. dan tiba2 jatuh sakit setelah melahirkan anak sulungnya itu.. mmg sedih sangat.. saya seorang ibu.. bayangkan.. camana perasaannya apabila kita tak dapat nak belai2.. pegang2 dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak yg dikandung dan dinanti2 kehadirannya ke dunia ini... ya Allah.... dia hanya mampu memandang sepi wajah anaknya....saat2 bahagia norma bersama suaminya Talib.. yg sehingga hari ini masih setia menjaganya...
dan tengok... anaknya rafiq yg sihat...
sama2 kita hulurkan sumbangan utk mengurangkan bebanan yg mereka tanggung
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
Noormawati Mohd Rasif
Friday, June 10, 2011
perangkap tikus ada di mana2
assalamualaikum...
salam di pagi Jumaat.. alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menghirup udara di bumi Allah... semoga kita akan bertemu lagi Jumaat yg mulia pada minggu hadapan.... hari ini saya ingin kongsikan satu cerita oleh bekas pensyarah saya.. iaitu guru saya sehingga akhir hayat saya juga.. Ustaz Muhammad Azhar Zailani..
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."
Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.
Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.
Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.
Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.
Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.
Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.
Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Subscribe to:
Posts (Atom)