Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Muffin Keju

Assalamualaikum....

Muffin yang dibuat minggu sudah.." minggu keju" masa tu... wat pizza, roti keju, makaroni keju pastu wat muffin keju nih pulak... bayangkan lah banyak mana keju yang dah masuk perut dan bertukar jadi lemak2 dalam badan ni..haaiiish...  nyesal kejap.

Buat muffin nih sebab terliurkan tengok yg Izah ( IML ) punya.. comel2 je.. kita pun buat jugalah, cuma tambahkan sikit dengan coklat chips untuk tarik minat si auni dan ali.. alih2 dorang gigit-gigit bahagian atas yang ada coklat chips aje... huhu geram weh.



Mufin Keju
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber : Rahel

Bahan:
250g tepung gandum
150g minyak masak
150g susu segar kotak
70g keju cheddar}
50g keju cheddar},diparut
150g gula kastor
13g serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur gred B-dipukul

Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk
   adunan.Kacau hingga sebati.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk-
   kan 70g keju cheddar.
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga
   sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing)
   akan menyebabkan mufin mengeras.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke
   dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan.
   Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.

Tak nyesal cuba.. memang sedap muffin ni... rasa lemak2 keju tu ditambah pulak dengan coklat chips.. makan masa panas-panas tu, ya ampun sangat sedap.. rasa garing di bahagian luar dan lembut je kat dalam. kalau makan masa panas tu, leh nampak keju bertali2 bila ditarik... sangat sedap :)

 nanti akan buat lagi... tapi tak leh buat selalu bila ada keju nih... nanti makin bertambah2 "montel".. hihi

Sunday, May 26, 2013

Muffin Pisang Coklat Cip

Assalamualaikum...


Selamat bercuti semua.. terutama cikgu-cikgu dan anak murid sekolah ye. Bagi cikgu-cikgu, sekolah je cuti.. tapi kita?? saya pasti banyak kerja yang perlu cikgu-cikgu selesaikan.. marking paper budak belum selesai lagi kan?? ada yang baru nak belek-belek tenung manja gitu.. atau paper budak-budak masih bertimbun dalam bonet kereta.. hihi kata kat sapa tu?? silap-silap hangkut sekali wat balik kampung.. 

Hari ni masih Penang..Balik Pulau. Lepas kenduri nanti, terus balik sebab esoknya en.suami kerja dan saya pulak dengan kelas tambahannya.. mungkin Rabu baru balik kampung sebab ada kerja yang perlu en.suami setelkan dulu.. 

ok, terjadinya muffin pisang yang sedap nih gara-gara nak abiskan pisang berangan yang dah terlampau ranum dalam fridge tu.. macam-macam nak buat sebenarnya termasuklah kek pisang bercoklat kegemaran en.suami.. alih-alih saya pilih muffin je sebab penyediaannya simple dan cepat kan? jadi sebelum bertolak datang ke Penang petang Jumaat tu , buat jela muffin ni sebagai buah tangan jugak lah kan..

Saya gandakan adunan resepi kat bawah tu.. dan lebihkan juga pisang. Untuk 2 adunan muffin saya masukkan 3 cawan pisang.. jadi muffin nih sangat mewah dengan rasa pisang dan sangat moist juga. Untuk saiz cup yang saya guna tu, betul-betul dapat 30 biji. 


MUFFIN PISANG COKLAT CIP
Resepi : Muffin Pisang Coklat Rice Chef Hanieliza
sumber : atie

Bahan-bahan :

140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanila
2 cawan tepung gandum - diayak
1 s/k baking powder diayak
1 cawan pisang - dilenyek
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip
sedikit badam cincang untuk hiasan

* saya ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan serbuk koko

Cara penyediaan :

  1. Panaskan suhu oven pada 180C. Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin. Ketepikan.
  2. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayakkan. Masukkan pisang dan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
  4. Masukkan adunan dalam muffin cup. Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.



akan buat lagi muffin ni menggunakan resepi yang sama.. sebab rasanya sungguh sedap.. kaya dengan rasa pisang dan coklat hihi. Cuma saya tak taburkan badam sebab nak elakkan selera anak-anak terbantut. Diorang tak gemar sangat kekacang ni.. Kakak apa lagi, bila tengok taburan coklat cip tu, suka lah dia.. tp bila gigit jumpa pisang, mula lah berkerut dahi tu....aduuui payah betul nak tawan hati dia , sangat cerewet dan memilih...



Monday, November 26, 2012

banana apple cinnamon muffins

assalamualaikum...

bila ye saya buat muffin nih? hihi kalau tak silap , petang rabu tu.. sambil tunggu anak-anak dan suami pulang, gaul2 bahan semua tak sampai setengah jam semua dah ready.. diorang sampai je terus leh menikmati muffin ni panas-panas..  tu yang bestnya bila buat muffin , mudah dan cepat.. asalnya nak buat kek pisang bercoklat kegemaran  suami macam yang saya selalu buat kat SINI , tp sebab malas dan nak cepat saya try je buat muffin ni .. resipinya dah terperam lama dalam fail yang saya print dari dapur kak Inahar..



Banana Apple Cinnamon Muffins
copy from : Blogresipi
3 very ripe bananas (Dr. Inahar guna 8bji pisang emas)
125ml vegetable oil
2 eggs
250g plain flour
100g caster sugar
½ teaspoon bicarbonate of soda
1 teaspoon baking powder
½ teaspoon cinnamon
2 eating apples, cored, peeled and cubed
1/2 tsp salt
Preheat the oven to 200ºC/180ºC fan oven/gas mark 6 and line a 12-bun muffin tin with muffin papers.
Mash the bananas and set aside for a moment. Pour the oil into a jug and beat in the eggs. Put the flour, sugar, bicarbonate of soda and baking powder and cinnamon into a large bowl and mix in the beaten-egg-and-oil mixture, followed by the mashed bananas. Fold in the chopped apples and then place equal quantities in the prepared muffin tin and bake in the oven for 20 minutes. Cool in the tin for 5 minutes before removing to cool completely on a wire rack.

nampak macam tak menarik je kan?? tp alhamdulillah.. masih gebu.. saya suka rasanya yang manis pisang dan bercampur dengan apple yang masam manis tu.. lain kali saya akan dadukan buah apple tu kecik2..


Saturday, November 3, 2012

Muffin Pisang Coklat Rice

assalamualaikum...

dah sarapan ke? pagi ni tuan rumah abiskan sisa2 mee rebus tulang yang dibuat semalam je.. cadangnya hari ni nak masak nasi awal sikit sbb semalam kitorang tak jamah nasi nasi langsung.. anak-anak dan suami hanya dijamu mee aje hihi


sebenarnya muffin pisang nih dah lama buat.. sehari selepas Izah tayang  Muffin Pisang Coklat  Chip esoknya terus buat hihi cuma saya gantikan inti coklat @ coklat chip kepada coklat urai je.. sedap..kat luar nampak berkerak.. dalamnya sangat moist...

risau juga dengan berat badan sekarang..nak tunggu sampai bersalin ntah berapa angka lah berat nih naik.. mulut pulak asyik mengidam nak makan kek je.. nasi pun berselera jugak hihi ok sampai sini dulu.. nakgi sambung bergarden2 pulak  hihi



MUFFIN PISANG COKLAT RICE
by : atie
sumber : Ros JintanManis

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan)
2 biji pisang yang ranum atie pakai 250gm
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan ( suku) susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) atie ganti dgn 2 sudu besar coklat rice
Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.


Sunday, May 20, 2012

Muffin coklat yani.. paling sedap!

assalamualaikum...

muffin yang saya buat Jumaat hari tu.. lepas maghrib buat muffin ni tu pun sebab auni duk bersuara nak buat kek angry bird.. dah lama janji ngn dia nak buat kek coklat untuk bawak ke sekolah.. lepas godek2 resipi jumpa resipi dari belog Hasue ni, resipi asal dari Yani@myresipi...

 

hehe satu adunan dapat 8 bijik je... tak puas makan. muffin coklat yang paling best rasanya sbb teksturnya tidak kering.. macam makan kek coklat moist je.. terbaeek! masa duk tabur almond nibs tu, auni siap angkat tangan warning " kakak tak nak kacang.. nak coklat sajee" taburka jugak choc chips tapi bila masak, tak nampak pun sebab tenggelam hihi



MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com
by : atie

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum ( saya guna 70g gandum )
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

keluar oven, panas2 lagi auni dah mintak.. seronok tengok dia makan sampai 2 biji.. si ali lagi lah sakan, bising je minta disuapkan panas2. mmg sedap muffin nie, kat bhagian atas rasa garing dan dalamnya sgt moist.. buatnya pun tak susah..

 

Wednesday, November 16, 2011

Apple Carrot Muffin

assalamualaikum...

 resipi yg dah lama diperam... print2 je, terus simpan elok dlm fail..hihi jumaat aritu sambil2 packing barang utk pindah, buatkan jugak la benda nih. asalnya beli epal hijau sbb nak buat apple pai... satu adunan dapatlah dlm 18 bijik muffin ikut saiz yang saya buat la kan. pastu 2x bakar je.. tengah duk nak bakar yg 2nd round tuh, tetiba dengar pintu rumah diketuk... yaAllah, rupanya ma,ayah dan adik bongsu dah sampai.. diorang tak bgtau pulak nak datang pagi2 dr Penang. bila cek anset, ada 6 misscall hehe



pagi2 buta tuh dah siap buat choc rich pudding.. kami pulak masak nasi awal je aritu sbb buat bekalan perut nak kemas2 rumah.. sementara masak nasi lain utk diorang, jamu ajelah pudding ngn muffin ni.. muffin nih saya dah kurangkan sukatan gual, tp tetap manis jgk rasanya...


APPLE CARROT MUFFIN
sumber : kak ida


bahan A
2 cups all purpose flour
1 1/4 cups granulated white sugar - saya pakai secawan je
3/4 teaspoon baking soda
1 1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 1/2 teaspoon ground cinnamon
(campurkan semua bahan dalam satu mangkuk)

bahan B
3 large eggs
3/4 cup corn/canola oil - saya bubuh minyak masak je hihi
1 teaspoon vanilla
(campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati)

bahan C
2 cups grated carrot (squeeze the juice)
1 large apple, grated (squeeze the juice) - lebihkan sikit
1/2 cup pecans/walnuts, chopped - saya ganti ngn almond nibs
1 cup coconut

campurkan bahan B dan C ke bahan A dan gaul rata...jangan terlebih gaul...sudukan bahan ke dalam bekas muffin dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180C (preheated oven


Saturday, April 2, 2011

marble banana muffin

assalamualaikum...

sgt sibuk lepas masuk keje nih.. keje bertimbun tak siap hehe nak hupdate belog pun tak sempat dah. mapin nih pun dah lama buat. sehari sebelum kita masuk keje.. soh en.suami beli pisang kat pasar malam hari ahad tuh.. buka2 plastik tengok pisang dah ranum lebam.. ape lagi, jalan2 la kat belog izah pencinta muffin . pastu terus jumpa resipi muffin yg berkenan di hati kat  SINI.

muffin pisang marble.. muffin marble pisang.. marble banana muffin.. main ikut suka nak tulis je.. apepun bendanya tetap sama hehe hantar kat pengasuh auni sikit, hantar bekas yg penah dia isi sup utk auni. muffin nih makan keesokan harinya lagi bertambah sedap rupanya.. moist je..

 muffin kita mmg tak cantik.. klu buat muffin, dari segi rupa tuh memang orang akan pandang sekali je sbb tak shantik hehe tp tak pelah, yg penting rasanya sedap kan? saja kita tambah hirisan pisang nak soh nampak comel sikit...
gambar budak makan muffin harus masuk jgk:)


Marble Banana Muffin
Source: Bisous A Toi

Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)


Caranya: Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Tuesday, March 22, 2011

muffin mangga

assalamualaikum...

suka jenguk kat sini... mcm2 jenis muffin ada..teringin pulak nak cuba muffin mangga nih sbb nak abiskan sebiji mangga yg masih berbaki ( padahal sengaja simpan nak wat muffin hikhik ). beli masa balik dari cuti aritu kat Bukit Bunga.. saya mmg pantang tengok mangga byk2 kat situ, mesti sruh en.suami belikan.. saya tak pasti sgt nama mangga tuh, rasanya mas hitam ke ape ntah..hehe

rasa muffin nih sedap jgk.. tp saya tak puas hati sgt ngn hasilnya. bukan salah resipi ye.. tp salah saya nih. buah mangga tuh masaknya tak ranum sgt.. pastu saya main cincang je isinya. klu ada dua bijik konfem sebijik saya lecekkan dan sebijik lg saya potong2 dadu mcm izah buat. nasib ler ada sebijik.. nak tahu lebih lanjut klik SINI ye

muffin nih, bila makan esok harinya best la plk.. lembut n moist jek hehe. kita makan 2biji muffin mangga yg berbaki malam tuh  pagi kelmarin wat sarapan..hehe sabau jelah ngn budak auni tuh.. dah dia capai muffin tengah2 panas lagi, pastu wat tuam kat muka dia.. makannya idak...

MUFFIN MANGGA

bahan-bahannya :

1 1/2 cups self raising flour

1/2 cup castor sugar
1/3 cup vegetable oil (saya guna minyak masak)
1/3 fresh milk
1 egg, lightly beaten
1 large mango, deseeded and mashed

Caranya:
Ayakkan tepung dan ketepikan. Satukan gula, minyak, telur, susu segar dan mangga. Kacau semua bahan sebati dan masukkan ke dalam tepung. Kacau hingga sebati dengan menggunakan garfu. Saya tambahkan separuh biji mangga lagi dipotong dadu dan campurkan ke dalam adunan. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.