Monday, July 15, 2013

Risoles Ayam

Assalamualaikum...


Pertama kali rasa kuih ni lupa pulak bila hihi tapi bila duk Kedah ni lah, sebab ada sorang kakak kat sekolah tu akan jual kuih ni yang dia fozenkan bila masuk bulan puasa. tak pernah tanya pun nama kuih ni.. dan tak sampai sebulan ni lah, baru ku tahu rupanya kuih yang selama ini dimakan ialah risoles. tiap kali bulan puasa, mesti saya akan beli buat stok untuk bersahur.. ops, cakap pasal sahur, tadi buat pertama kalinya kami berdua bershur dengan nasi hihi 
ok dan rasanya risoles ni berasal dari tanah seberang.. oooh patut lah kakak tu pandai buat, sebab suaminya berasal dari seberang , Indonesia hihi

Dah lama teringin nak buat kuih ni, tapi segan nak bertanya resepi dengan kakak tu.. last2nya , bila dah tahu nama kuih ni apa, godek2 lah sendiri resepinya kat tenet. macam2 versi ada, dari cara nak buat kulitnya.. ala-ala melenggang kulit crepe gitu, sehinggalah bermacam2 jenis inti yang kita boleh buat. kalau yang kakak tu punya, rasanya antara bahan yang dia gunakan kobis dan telur.

Risoles ayam dr blog kak rohah ni saya kopikan kat bawah untuk rujukan ye..
Hari tu memang awal2 tu ikut sukatan yang dinyatakan untuk buat kulitnya..
Tapi ya ampun, rupanya lagi senang nak melenggang kulit crepe doyan tu..
yang ni mungkin susah sebab yang pertama ialah , orang yang buat nih tak pandai.. saya lah tu hihi
yang kedua, bagi saya adunannya terlalu pekat.. jadi ianya tak meluncur elok bila kita lenggang atas pan. 
bila dah jadi camtu, saya tambah hampir 3/4 cawan lagi air berbanding sukatan asal resepi tu..
untuk inti pulak,buat ikut bahan yang ada dalam esbok je.. 
cincang sengkuang, carrot dan dada ayam je sebagai bahan utama.. 
hari tu goreng 6 ketul je, yang lain saya frozenkan..



RISOLES AYAM
Resepi:Majalah SEDAP (RISOLES MINI AYAM)
Sumber :kak Rohah

Bahan Kulit:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1 sudu makan marjerin untuk menumis
1 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 labu bawang besar | cincang halus
2 sudu makan tepung gandum
300ml susu cair
100gm isi dada ayam | direbus dan dipotong dadu
25gm kacang pis (saya rebus)
25gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus masak
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk pala
1 tangkai daun sup | cincang halus
2 sudu makan mayonis
25gm keju cheddar parut

Bahan Pencelup:
2 biji putih telur | pukul ringan (saya guna sebiji telur putih kuning sekali)

Bahan Pelapis:
100gm serbuk roti kasar putih 





Cara membuatnya:
1.Kulit:Kacau rata tepung gandum, garam, susu cair dan marjerin cair.Masukkan telur.Kacau rata.
2.Buatkan dadar kecil di kuali rata berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.(saya tak ikut saiz ni)
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang putih dan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan keju parut.Kacau rata.Masukkan ayam, kacang peas, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan serbuk pala.Kacau rata.
5.Masukkan daun sup dan mayonis.Kacau rata.
6.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
7.Celup ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti kasar putih.
8.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kuning kecoklatan.


ok, selamat mencuba..

1 comment:

adda syuhada said...

comel2 jer..nak ckit la nk buat berbuka..