Wednesday, July 10, 2013

Green Peas Cookies

Assalamualaikum..


Alhamdulillah... bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ni.. kepada seluruh umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa.. mudah-mudahan ianya sempurna dan diterima oleh Allah Taala. Hari pertama puasa, tentulah kami di Kedah ni bercuti.. boleh kemas2 rumah dan masak menu yang special agaknya untuk berbuka nanti hihi masa sahur tadi alas perut dengan secawan milo panas dan 2 keping roti je, suami pulak ambik kopi.. tak lalu nak makan nasi..

Ok, seminggu yang lepas try buat cookies ni. sebenarnya dari tahun sudah nak cuba, tp masa tu tengah sarat peknenkan athif jadi takde buat sekut raya tahun sudah. jadi tahun ni cadangnya nak cuba resepi cookies yang tak pernah dibuat lagi.. so,hari tu cubalah buat satu adunan cookies ni.. alhamdulillah, sedaap. rasa macam biskut mazola pun ada.. boleh lah habiskan tepung yang berbaki tu untuk buat sempena raya nanti..




Green Peas Cookies
sumber :kak nor, along Roz

Bahan-bahan

1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising
1/2 st baking powder
1/2 st garam
Minyak mazola secukupnya
1 biji telur kuning

Cara membuatnya :

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati. Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut.
  2. Bentukkan bulat-bulat seperti guli.
  3. Berus atau sapukan diatasnya dengan telur kuning.
  4. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.



2 comments:

Balqis Nazid said...

salam...

boleh tak namakan kuih ramadan bukan kuih raya he..he....

terliur puasa2 tgk kuih ramadan ni

Anonymous said...

Menariknya, haritu nampak noorsha buat, nanti bolehlah buat untuk raya