Saturday, May 5, 2012

bingka labu.. pertama kali buat bingka

assalamualaikum...

menu untuk sarapan di pagi Jumaat sehari lalu.. memandangkan stok isi labu yang dikukus dah berminggu2 dlm peti sejuk tu masih berbaki hampir 1 kilo lagi, jenuh jugak duk fikir nak masak apa.. ingat kan nak buat Pumpkin Bread untuk kali keduanya.. tp memandangkan si tukang masak agak malas, sbb rasa cam susah dan makan masa ( sbb pagi jumaat tuh plan nakgi sekolah ), cuba je lah resipi bingka yg mudah ni..

awalnya saya kurang bersemangat nak buat bingka.. sbb biasanya suami kurang berminat dengan kuih-muih tradisional camni.. tp bila terpandangkan kak Ct Delima pun buat bingka labu berjagung, hati terus nekad nak buat jugak.. alhamdulillah... sedap je rasanya. dan suami pun asyik duk ulang alik punggah je bingka nih, ingat kan tak dapat sambutan hihi lain kali bolehla try buat bingka lain pulak hihi


BINGKA LABU
resipi dari : DTS
sumber : atie

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan ( satu kotak santan 200ml + air )
5 biji telur gred B ( atie pakai 6 biji telur )
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...

nampak tak tebal saya punya bingka.. sbb guna tin besar hihi
apa pun saya suka dengan ketebalan yang camni.. lebih terasa dia punya kerak tu hihi

5 comments:

Qasey Honey said...

pertama kali buat dh cantik cmtu...tahniah...kita aje xbuat2 lagi...sedap nmpknye tu...

zila norazila said...

salam atie..berbalas kunjugan..zila pernah jgk buat bingka nie..tp guna resepi kak yatie..suka mkn panas..cantik bingka atie tue..chumill:)

atie @ ejay said...

kak QH
buat kak..jgn tak buat hihi sedap

Zila
wsalam..yeke, takpe..nati guna resipi lain plk.. mmg best makan tengah panas2

Nazrah said...

hari ini kita pun menghabiskan labu..tapi buat kek

Mieza said...

atiey..sedapnya bingka..mieza suka bingka..tapi selalu buat bingka pandan..tak pernah wat lgi bingka labu sbb kat umah ni ramai yg tak suka makan labu..cantik sekali warna kuning labu tu..