assalamualaikum...
Selamat bercuti semua dan Salam Maulidur Rasul ...
alhamdulillah.. kami sekeluarga telah selesai menjamah makan tengahari bersama..
projek kedua untuk menghabiskan mangga yang en.suami beli on the way balik dr kampung minggu cuti Chinese New Year aritu... singgah kat Bukit Bunga semata2 utk beli 2kg mangga ni.. Pagi Jumaat hari tu dah buatkan Chilled Mango Cheese Cake sempena besday en.suami... nanti ada masa, saya akan kongsikan nanti...
MANGO SAGO
sumber dr : Rak's Kitchen
sumber : Atie
sukatannya saya dah ubahsuai ikut citarasa sendiri...
utk melihat cara penyediaannya, boleh jenguk sendiri di Rak's Kitchen ye..
Bahan2 :
200 gm biji sagu ( kecil )
2 biji mangga saiz sederhana
1 cwn susu cair
3/4 cwn susu pekat
1/2 biji mangga untuk hiasan
Cara penyediaan :
1. Cuci biji sagu dan toskan.
2. Didihkan air yang mencukupi di dalam periuk, kemudian masak biji sagu sehingga jernih.
3. Sejat biji sagu dan lalukan di bawah air paip utk membuang kanji. Toskan..
4. Blend kan isi mangga, susu sejat dan susu pekat.
5. Campurkan biji sagu dan bahan yg dikisar, gaul rata dan isikan ke dalam bekas.
6. Hias dengan isi mangga yang didadu m dan sejukkan sebelum dimakan...
Awal pagi tadi, sebelum budak2 ni bangun.. saya sudah siap sediakan dessert yang best ni dan sejukkan dalam peti.. so, lepas makan tengahari td terus jamah dessert mangga ni sejuk2... waaaah best sangat bila rasa sagu dan pati mangga yang manis berlemak tu lalu ikut anak tekak... satu gelas saya habiskan dengan ali... auni?? hmmm puas saya pujuk, bukannya dia nak makan benda macam nih... agar2, puding ke memang dia tak pandang...
Untuk dessert ni, dapatlah 4 gelas macam dalam gambar... en.suami dah abiskan satu gelas, jd masih ada 2 gelas... hmmm ngn cuaca yang panas terik ni, mmg best utk dinikmati seisi keluarga...
Selamat bercuti semua dan Salam Maulidur Rasul ...
alhamdulillah.. kami sekeluarga telah selesai menjamah makan tengahari bersama..
bila dah kenyang ni, mulalah kelopak mata ni memberat je kan... anak2 pun dah nampak mengantuk dan minta dibuatkan susu... hari minggu atau cuti, sememangnya hari yang kami nanti2 kan... habiskan masa bersama2 dan klu tiada urusan penting, kami lebih suka berada di rumah je...
projek kedua untuk menghabiskan mangga yang en.suami beli on the way balik dr kampung minggu cuti Chinese New Year aritu... singgah kat Bukit Bunga semata2 utk beli 2kg mangga ni.. Pagi Jumaat hari tu dah buatkan Chilled Mango Cheese Cake sempena besday en.suami... nanti ada masa, saya akan kongsikan nanti...
MANGO SAGO
sumber dr : Rak's Kitchen
sumber : Atie
sukatannya saya dah ubahsuai ikut citarasa sendiri...
utk melihat cara penyediaannya, boleh jenguk sendiri di Rak's Kitchen ye..
Bahan2 :
200 gm biji sagu ( kecil )
2 biji mangga saiz sederhana
1 cwn susu cair
3/4 cwn susu pekat
1/2 biji mangga untuk hiasan
Cara penyediaan :
1. Cuci biji sagu dan toskan.
2. Didihkan air yang mencukupi di dalam periuk, kemudian masak biji sagu sehingga jernih.
3. Sejat biji sagu dan lalukan di bawah air paip utk membuang kanji. Toskan..
4. Blend kan isi mangga, susu sejat dan susu pekat.
5. Campurkan biji sagu dan bahan yg dikisar, gaul rata dan isikan ke dalam bekas.
6. Hias dengan isi mangga yang didadu m dan sejukkan sebelum dimakan...
MASAK SENDIRI LG BEST!
SELAMAT MENCUBA:)
1 comment:
sedapnya..saya suka sago. tapi kalau buat, saya ngan en suami jer yg makan. anak2 tak suka
Post a Comment