Wednesday, January 25, 2012

akhirnya saya boleh bercucuk tanam...

assalamualaikum...
alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi untuk menghirup udara segar di dunia ciptaan yang maha Agung ini...  sekarang kami semua berada di kampung, bercuti sempena Tahun Baru Cina.. insyaAllah Jumaat nanti akan kembali pulang ke Jitra. hmm...terpaksa pulang sehari lebih awal untuk menyiapakan keje2 yang tertangguh sebab demam.. alhamdulillah, anak2 pun dah semakin baik dr demam... agak "letih" bila kita demam dan anak2 demam sekaligus.... belum sampai sebulan keje,dah 3 hari saya "bercuti"..  dan keje2 yang tertangguh semestinya banyak la kan klu dah terbaring je hihi... masa nak balik kampung aritu punyalah macam siput duk packing barang haha

ok  dah lama nak berkongsi minat baru.. dah lama minat sebenarnya... tp bila duk rumah sendiri, dan ada tanah ni boleh la saya realisasikan minat yang terpendam ni...


pokok serai.. pokok yang pertama saya tanam kat rumah ni.. nanti tak de lagi serai yang akan mengering dalam peti sejuk sbb kadang2 tak terguna pun bila beli...

mint @ pudina... suka bila tengok kesegarannya tu.. saya semai keratan batang dan daun lebihan ulam buat makan ngan laksa johor.. lama dah.. pastu duk berendam dlm air pun agak lama juga. tp nih gambar masa elok..  terbaru saya dah alihkan masuk dalam pasu yang sama, tp dah ditukar tanah yang lain. rsa mcm tak sesuai ngn tanah tu bila akhir2 ni nampak tak bermaya je...

kesum... hari yang sama alihkan kesum dengan pudina masuk pasu... terbaru saya dah alihkan kesum ke atas tanah sbb tengok kesum makin kekuningan.. rupanya tak sesuai tanam kesum dalam tanah kompos yang agak hitam tu... klu dah susur nanti tak yah pegi pasar semata2 utk dapatkan kesum utk buat asam pedas kegemaran en.suami hihi

kucai.... saya bawak rumpun pokok kucai dr kampung.. seingat saya keluarga di kampung tak penah beli kucai utk masak2 bagai... tp bila duk sini, terpaksa lah beli kan.. mungkin ada yang tak suka dengan bau kucai.. tp saya sukaa!
harap2 nanti kucai nih akan hidup subur macam kat kampung... kadang2 terpaksa gunting buang je daun kucai utk suburkan lagi dia punya percambahan daun tu...

pegaga... setahu saya pegaga ni ada banyak jenis... yang ni pun saya bawak dr kampung. tp yang jenis ni saya kurang jadikan ia ulam... cuma suka sangat tengok bila ia hidup lebat dan subur... pegaga ni dah hampir botak dimakan belalang.. mula2 tu rasa hairan juga bila tengok batang je yang tinggal.. rupa2nya ada sejenis belalang hijau yang tubuhnya selim panjang tu berselera menggigit daun... sekarang saya dah alih ke bawah garaj dan nampak semakin elok...

kunyit... sebenarnya dalam banyak2 pokok, yang ni paling lama saya tanam.. masa kat kuaters lagi. sekarang dah semakin subur menghijau... seronok sangat nengok.. lepas nih senang lah nak buat rendang ke, bubur pedas sarawak ke.. petik je dari dalam pasu depan rumah. dulu, kadang2merata cari daun kunyit kat pasar tani atau supermarket.. ada masanya langsung takde...

keladi... haha nih ayah saya yang tanam masa kami buat kenduri kesyukuran awal Disember tahun lepas.. anak pokok keladi dari kampung jugak.. sedap dibuat asam pedas. tp saya suka klu ma saya masak sayur lemak kuning batang keladi campur udang... hmmm bestnya:)

kaduk... nampak tak berapa nak subur je kan..hihi tp sabar jelah menunggu. suka tengok pokok kaduk yang hidup subur... baunya harum pada saya... saya suka gunakan kaduk klu gulai lemak daging masin.. aduuuuh best sangat bila campur ngan daun kesum dan pucuk kandis...  dulu saya ingat, ma selalu sayur lemak putih ubi badak campur daun kaduk.. ubinya saya tolak tepi, pilih2 daun kaduk je makan ngn nasi... teringat zaman kecik2 dan remaja.. masa tu lah kita selalu berada di kampung....

limau kasturi... sehari sebelum balik kampung minggu lepas, baru alihkan pokok limau ni masuk pasu besar. bawaknya pun dari kampung yang ayah saya dah siap tut dan semai dan pindah dalam polibag... lebat sungguh bunga limau aritu... pastu lama2 makin kurang begitu jugak dengan daunnya.. setelah disiasat, rupanya ada ulat yang merosakkan pokok nih... tp sekarang dah okey.. putik2 buah dah semakin kelihatan..  tak lama lagi bolehlah makan laksa sarawak dengan limau kasturi dari pokok yang ditanam sendiri kan..

pokok betik... juga dari kampung.. buahnya sangat panjang sebenarnya.. saya tanam satu pokok je, baru alihkan atas tanah. satu lagi suami bagi kat kawan dia, juga jiran kami di taman yang sama... suami dan saya bukan lah gemar sangat ngn buah betik.. saja saya suka2 nak tanam...

model pokok betik...

sangat rajin menolong ibu petang tu... pasu mula lah ambik pasu dan isikan tanah. katanya masak kek masterchef.. tak sabar tunggu auni besar.. nanti boleh berkongsi minat ngn ibu ok sayang!:)


ok..amacam gambar kat bawah ni... agak2 bila boleh tebang pokok pisang ni...
macam2 boleh buat ni klu dah masak kaaan
haha abaikan, nih pisang jiran belakang rumah je hihi

mmm..bila duk kampung ni, teringat jugaklah kat pokok2 ni semua... anak2 kailan yang masih kecil ditinggalkan tu apa khabar agaknya.... arap2 tak mati kekeringan... hehe tak sabar nak balik jenguk pokok2 ni semua...

5 comments:

Yaya Azura said...

seronoknya tengok pokok2 menghijau..
lepas ni tak yah gi pasar dah...

mamawana said...

Bahagianya bercucuk tanam kan.

Anonymous said...

alahai bestnya lah duduk rumah ada tanah ni, untung takpayah beli dah kan

Malay-Kadazan girl said...

Koleksi tanaman yang bagus mula projek menanam ni.

Ibu Lala said...

Bestnyeeee.
Jenuh saya nak bukak entri ni. Pc kat opis ni mcm sakit je. Saya pun baru je buat pasu kat blkg rumh utk bercucuk tanam. Nti sy citer ye. Slm kenal..