Saturday, June 3, 2017

Ayam Bakar Padang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih diberi kekuatan untuk menempuh ibadah puasa dalam keadaan yang agak mencabar juga kali ini...mudah-mudahan dapat berpuasa sebulan penuh untuk tahun ini.

Hampir seminggu berada di kampung, hari ni memulakan operasi di dapur rumah sendiri. Dah bertahun rasanya saya cuba sediakan juadah berbuka sendiri tanpa bersesak ke bazaar ramadhan walau keletihan bekerja..

Untuk juadah berbuka tadi..saya mencuba resepi baru untuk ayam bakar. Puas google resepi,hati terpaut dengan Ayam Bakar Padang..

Resepi asal boleh semak di SINI
Di bawah ialah resepi yang telah saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu dengan sedikit olahan..


Ayam Bakar Padang

Bahan-bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana dibelah 4
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar gula perang
1 kotak kecil santan KARA
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
4 biji cili merah besar
*semua bahan di atas dikisar halus

Cara memasak:
1. Panaskan minyak,masukkan serai,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.Tumiskan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan,daun limau purut,jus limau nipis,garam,gula perang dan ayam. Sesekali kacau dan balikkan ayam.. Kacau sehingga kuah agak pekat.
4. Akhir sekali bakar ayam sehingga keperangan.
5. Hidangkan ayam bakar tadi bersama lebihan sos yang dimasak.

Wednesday, May 24, 2017

Masih hidup...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di atas muka bumiNya...diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai hambaNya..walaupun terasa diri ini kerdil penuh kealpaan dengan segala nikmat yang dikurnia Ilahi...

Lama sungguh tak menjenguk blog yang ibarat hidup segan mati tak mahu...tapi sayangnya masih bersisa...

Sedang mencari idea untuk buah tangan hari guru anak-anak untuk sambutan Hari Guru kat sekolah dorang esok...makanya itulah asbab saya singgah disini...

Saturday, September 17, 2016

Rindu...

Assalamualaikum...

Ya Allah..lama benar saya meninggalkan ruangan blog ini..bukan sahaja tak menulis,jenguk pun tidak..tiba2 rasa rindu menerpa..

Singgang tulang dan daging juadah wajib semasa hari raya korban...cukup dulu agaknya sebagai permulaan...moga2 semangat saya kembali pulih untuk berblog kembali 😂


Thursday, November 26, 2015

Kek Epal Hazelnut yang sangat sedap

Assalamualaikum...



Ni bukan kali pertama buat kek epal...sebelum ni dah cuba satu @ dua resepi..tapi yang ni, memang terbaik buktinya ada orang makan bertambah-tambah macam makan nasi hihi.. tukang buat pon sama laa...makan sepotong tak cukup, pastu potong lagi dan lagi.. alhamdulillah, memang suka sangat dengan rasa kek ni...

Puas juga google resepi kek epal sebab nak habiskan stok epal yang ada tu... bila jumpa resepi ni terus cuba memandangkan kacang hazel yang ada tu dah hampir tarikh luput.. resepi kek ni saya ambik dari Gourmet Food..


Memang tak rugi mencuba resepi ni sebab bahan-bahan yang digunakan agak simple dan cara membuatnya pun agak senang.. hasilnya inshaALLAH tak akan menghampakan. memang kena sangat gabungan epal dan hazelnut ni..Ok, kat bawah ni saya kongsikan resepi yang dah saya olah sedikit sukatan gula dan hazelnut..


KEK EPAL HAZELNUT
source : Gourmet Food 

Bahan-bahan :
500 gram epal ( saya guna granny smith hijau ) 
100 gram gula perang
100 gram mentega
150 gram tepung gandum
200 gram hazelnut ( resepi asal guna 160 gram je )
1 biji telur
secubit garam

Cara membuatnya :

1. Panggang kacang hazel di dalam oven selama 10-15 minit dengan menggunakan suhu 170C
2. Tanggalkan kulit  kacang hazel tu masa kacang tu panas-panas lagi...pandai-pandailah nak tanggalkan cemana ye. lepas tu sejukkan.
3. Kisarkan 150 gram hazelnut bersama dengan 50 gram gula menggunakan pengisar. Kejap je..jangan lama sangat..
4. Di dalam mangkuk, putar mentega bersama baki gula sehingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebentar sehingga rata.
5. Tambahkan campuran kacang hazel dan gula, tepung gandum dan garam.. Putar sehingga adunan sebati.
6. Potong nipis epal dan sediakan loyang spring form berukuran 20cm.
7. Ratakan loyang dengan separuh adunan kek dan susun semua hirisan epal tersebut,
8. Ratakan lebihan adunan kek ke atas hirisan epal.
7. Cincang kasar 50 gram hazelnut dan taburkan ke atas kek.
8. Bakar kek selama 50-60 minit dengan menggunakan suhu 170C. 
9. Biarkan kek sejuk sebelum ditaburkan sedikit gula icing ke atas kek.


SELAMAT MENCUBA...