Tuesday, October 1, 2013

Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum...


Akhirnya terlaksana juga hajat nak buat ayam panggang sekor-sekor macam ayam golek kat kedai tuh.. kali pertama seumur hidup niiih.. hahah projek hampir dua minggu sudah ni.. tak tahan selalu kak amie duk tayang ayam panggang rosemary je kan.. pastu tak tahan jugak tengok ayam panggang kak nor duk posing elok je.. mengancam jiwa raga hihi

hampir dua tahun dah guna oven Rubine nih, ni kali pertama saya rasmikan rotisserie untuk panggang ayam ni.. oven dulu pun dah ada jugak besi pemanggang ni, tapi tak pernah panggang ayam sekor..selalunya panggang ayam yang dipotong 1/4 je.. suka panggang ayam cara ni, sebab ayam akan masak sekata je...



AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam 
2 tangkai daun rosemary fresh ~ boleh guna rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil cajun  ( saya gantikan dengan mix spices powder je )
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis/kasturi
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

* untuk jus, saya gunakan separuh dari buah lemon yang bersaiz besar.. dan separuh lagi dihiris nipis digaul bersama ayam.




Cara
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati. 
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam. 
Panaskan oven 200 - 220C.
Cucuk ayam pd rotisserie fork dan ikat kaki dan kepak ayam dgn tali dgn kemas.
Masukkan ayam dlm oven dan bakar (menggunakan function rotisserie) selama 1 jam atau sehingga masak (bergantung pd saiz ayam)
Sementara menunggu ayam masak, masukkan kentang, carrot, bawang besar dan lebihan bahan perapan serta sedikit air dlm periuk kecil dan masak sehingga kentang empuk.
Apabila ayam masak, hidangkan bersama kentang dan carrot.


# kentang, carrot dan bawang besar boleh juga dibakar bersama ayam semasa proses memanggang ayam. 
letakkan bahan2 ni atas tray/dulang yg telah dilapik dgn 2 keping aluminium foil (dibawah ayam)
## lg lama ayam ni diperap lg baik. k.nor perap ayam waktu paginya dan bakar sebelah petang (utk berbuka).. dgn ni bahan perapan lebih mesra dan menyerap dgn elok pada ayam.. 
### kalau oven tak ada function rotisserie boleh bakar spt biasa, alas dulang dgn aluminium foil dan bakar dgn suhu yg sama sehingga masak.. sesekali keluarkan ayam dan curah2 atas ayam dgn minyak yg keluar dr ayam masa dlm proses memanggang..



dan untuk mendapatkan hasil ayam panggang yang lebih sedap, lumur bahan perapan diantara kulit dan isi ayam jugak.. selak dengan penuh hati-hati bahagian ni, takut pulak kulit ayam tu terkoyak hihi.. yang pastinya ayam panggang jugak lebih sedap kalau masa perapnya jugak lama kan? sebelum masuk oven, lumurkan ayam dengan mentega..

cara saya masak, kentang, carrot dan bahan2 lain tu saya masukkan dalam casserole dan letakkan dalam oven di rak paling bawah, so bila ayam tu pusing2 air dan minyak ayam tadi akan jatuh ke dalam bekas.. nanti boleh ambik air tu untuk buat sos lada hitam yang sangat best..

rasa ayam nih sangat sangatlah bestnya.. yang paling saya suka bila gigit bawang yang berkaramel tu.. lain kali kalau buat lagi, saya akan lebihkan bawang besar tu.. hihi makan ratah macam tu aje dengan sos lada hitam.. nasi tolak tepi dah. tapi kami suami isteri nih bila nak habiskan part dada ayam tu.. bercinta dulu laah, kurang gemar bahagian berdaging camtu...


masa panggang ayam ni, saya

4 comments:

  1. Tringin gok nak tgk ayam sekor tergolek dlm oben..dah 3 oben beli semua ada fungsi tu..tp rajin ngak ada..hehe

    ReplyDelete
  2. ya allah terliur nyer saya atie...kena usahakan jugak nie...cuma tali untuk ikat tu guna tali mcm mnr?

    ReplyDelete
  3. @nadia rashid

    tali tu ada kat kedai bakeri.. tp ati guna lidi sate je,cucuk tak bagi terbukak haha

    ReplyDelete
  4. @Anna Qawina

    hihi kak ana bizi manjang, rajin kot laain xpo kak hihi oven yg ado tuh xdan nak wat panggang ayam pon hihi

    ReplyDelete

pengomel comel berbisik