Assalamualaikum...
Lama benar dah buat cistart ni...
oder dari rakan sekerja..hihi
layan gambar dan resepi jela.. tq k.anna yang banyak kongsi tips :)
CHOCOLATE CHEESE TART
Cara-cara :
Sumber telahan : Kak Azita Zain, Citarasawan, Zack Zachoes
Lama benar dah buat cistart ni...
oder dari rakan sekerja..hihi
layan gambar dan resepi jela.. tq k.anna yang banyak kongsi tips :)
CHOCOLATE CHEESE TART
Sumber : AnnaQawina
CRUST
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 250g mentega Buttercup
- 120g gula ising
- 2 biji telur gred B
- 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
- Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
- Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
- Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
- Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
- Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
- Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
- EDIT : Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
- *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
- *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
- Simpan crust dalam bekas kedap udara.
- ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
- Pastikan acuan tidak basah.
CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor / gula halus
- 1 biji telur Saiz B
- ½ sudu teh esen vanilla
- Choc.ganache secukupnya. untuk adunan cheese
- Choc.ganache secukupnya untuk inti & perlu disejukkan dahulu dalam peti ais supaya lebih kental & senang untuk paipkan dalam crust
CHOC.GANACHE
Bahan-bahan :
- 200 grm coklat masakan
- 100ml susu cair/150ml whipp. cream
- 1 sdt butter
(Double
boiler coklat bersama susu cair, dah agak2 mencair coklat tu, tutup
api, teruskanmengacau sehingga coklat benar2 cair & masukkan butter,
kacau sebati)
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan choc.ganache secukupnya, boleh rasa untuk tahu setakat mana yang ada perlukan.
- Masukkan inti/filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya.
- Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Sumber telahan : Kak Azita Zain, Citarasawan, Zack Zachoes
Sedapnya cheese tart dah lama tak oder hehhe...
ReplyDeleteBila lah akak ni nak buat sendiri :)
sedapnya, biasa blueberry je ni guna ganache pulak confirm dabel heaven
ReplyDeletecomel-comel nya cheese tart
ReplyDelete