Assalamualaikum...
Malasnya nak update blog.. banyak benda yang mempengaruhi mood berblog sekarang ni hihi tapi tak pelah, kalau saya tak update orang tak kisah pun blog yang tak seberapa ni kan.. tak delah macam saya duk nantikan tuan punya blog pujaan update diorang punya post hihihi
Banyak perkara yang berlaku sebenarnya... ada yang memberi kesan mendalam, ada yang berlalu pergi seolah terbang jauh ditiup angin.. Khamis lepas, genap seminggu dah saya kehilangan seorang pelajar, dijemput Ilahi yang Maha Pencipta.. masih muda, calon PMR tahun ni.. tapi Allah sebaik-baik Perancang.. dan minggu ni juga mendapat berita kawan sekuliah meninggal akibat breast cancer ... walaupun tidak rapat, tapi ianya memberi kesan juga buat diri saya..
ok, tentang bingka ni pulak... dah lamaaaa dah buatnya. dah lama beratur dalam list draft.. baru hari ni dapat dikongsi dengan rakan-rakan.. saja nak bagi kelainan, tu yang jadi bingka lobak merah plus jagung ni.. rasanya boleh tahan, lemak-lemak gitu.. resepinya lebih kurang je dengan bingka labu yang selalu duk buat tu.. alkisahnya sebab nak habiskan stok lobak merah yang ada.... cubalah, hasilnya tak mengecewakan :)
BINGKA LOBAK MERAH BERJAGUNG

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram lobak merah , kukus sampai masak

200 gram / satu tin kecil isi jagung cawan manis
200 ml santan pekat
200 ml santan pekat
200 ml air
5 biji telur
200 gram tepung gandum
130 gram gula perang
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar marjerin
Bijan secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
5 biji telur
200 gram tepung gandum
130 gram gula perang
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar marjerin
Bijan secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 x 8 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil. Ketepikan.
- Kisarkan lobak merah yang dikukus bersama isi jagung. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
- Kemudian satukan semua bahan-bahan yang lain kecuali bijan dan dikisar / diblend sehingga hancur dan sekata.Selepas itu tapiskan adunan ke dalam bekas lobak dan jagung tadi. Kacau rata.
- Tuang dalam tin dan taburkan bijan. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan keperangan. Sejukkan sebelum dipotong.
salam kak..
ReplyDeleteNampak menarik la bingka lobak berjagung tu dengan taburan 2 jenis bijan..
Sedapnya ;)
ReplyDeletesalam atie…life goes on. semoga terus tabah especially dlm menyumbang resepi2 best utk kwn2. btw menarik resepi ni
ReplyDelete