Thursday, April 19, 2012

soft crust pizza with beef curry topping

assalamualaikum...
alhamdulillah kembali dengan pizza.. lama dah tak buat pizza dan mood utk buat pizza agak lemau sbb selalu kurang berpuas hati dengan pizza dough / base. biasalah klu dah tak berapa pandai sgt dlm bab2 meroti kan.. tp bila aritu teringin nak makan pizza dan teringat pulak pizza hut yg tak sedap mana pon berbanding harga yang mahal utk dibayar, ada baiknya saya buat sendiri je kan... pastu mula lah godek2 resipi dan terjumpa resipi doh pizza kat belog kak hana yang agak menarik bagi saya sbb dlmnya ada bawang putih, madu, oregano bagai..

sangat berpuas hati bila pizza nih menjadi.. makan sejuk2 pun ia tetap lembut dan rangup di bahagian keliling pizza tu.. mmg kami pulun habis-habisan mengerjakan pizza ni.. utk topping saya gunakan daging kisar je. sebelum nih penah buat pakai isi dada ayam kat SINI.. memandangkan isi ayam takde, tukar je ikut bahan yang ada kat rumah nih

BEEF CURRY TOPPING
sumber  : atie
bahan utk topping :
3 ulas bawang putih - dicincang halus
sebiji bawang besar holland saiz sederhana - dipotong dadu kecil
1 biji tomato - cincang kasar
200gm daging kisar ( Ramly minced beef )
3 sudu besar serbuk kari 
cendawan butang - dihiris nipis
lada benggala - dipotong halus
garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis

cara-caranya : 
1. Panaskan minyak. tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukkan tomato.
2. Masukkan daging kisar.. kacau rata sehingga daging bertukar warna.
3. Kemudian masukkan serbuk kari dan perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam
4. Apabila masak ( jgn biarkan daging terlalu kering ), matikan api dan masukkan cendawan dan lada.
5. Biarkan sehingga hendak digunakan.



SOFT CRUST PIZZA
sumber : kak hana

Bahan Doh:
  • 250 g tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering






Cara membuatnya:
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:-Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


 ( tabur mozzarella cheese banyak2... dan utk sos saya pakai tomato puree dan tin je pastu campur dgn sedikit sos cili )


malam tadi en.suami ada friendly kat PTSS, dan dia ajak kami ikut sama.. memandang ada teman rapat kat sana, saya ikut jela.. sementara menunggu suami, saya duduk2 berehat kat rumah kawan ni je.. sebelum bertolak , sempat lah saya bakar pizza menggunakan resipi yang sama.. cuma utk topping saya tambah tuna, jagung dan nanas..hmm best sangat2.


pastu bangun kul 5 pagi tadi, sempat lagi saya menguli ( guna mixer ) doh pizza dan berjaya buatkan 2 biji pizza. ( keje jadi senang bila saya masak daging cincang tu banyak2 dan simpan dalam peti sejuk ) satu bawak ke sekolah, satu tinggal kat rumah utk suami dan adik ipar buat sarapan.. hihi gigih betul kan..

No comments:

Post a Comment

pengomel comel berbisik