assalamualaikum....
akhirnya berpeluang juga utk menulis lagi di blog kesayangan ni. teringin je nak kongsi semua resipi yg saya cuba dengan cepat dan pantas. tapi masa utk saya menatap lama2 skrin laptop ni, sangat tidak mengizinkan... tatap2 jugak, tp terpaksa siapkan bermacam2 benda.. stakat hari ni saja, dah 3 minit mesyuarat kena saya karang hihi
ok, pagi yang penuh bersemangat... jumpa kawan2 kat dapur. pegang2, usap2, gosok2 dan cuci2 dorang semua hihi sebelum budak dua orang tadi bangun, sempat saya sediakan sarapan yang agak ringkas dengan menggunakan bahan2 sedia ada kat dapur dan esbok tu... ingat nak cuba buat macaroni bakar utk kali ke-2, tp bila fikir telur hanya ada 4 biji terus je batalkan hasrat.
menu ini disediakan dengan masa yang sangat singkat dengan menggunakan bahan2 yang sangat mudah. masak pun main campak2 je... hmmm klu tambah ngn cendawan butang, lagi sedap.. tp tu lah... masuk apa yang ada je hihi ok, sangat gembira dapat menyediakan sarapan buat keluarga saya ini.
simple fried elbow macaroni
by : @tie_nicemamaforever
bahan2 :
250 gram pasta elbows
200 gram minced beef/daging cincang
2 biji tomato
1 biji kentang
1/2 bawang besar holland
5 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos lada hitam
serbuk lada hitam
brokoli
cheddar cheese
sedikit minyak
garam dan perisa
cara menyediakan :
1. rebus pasta sehingga lembut dan masak, kemudian toskan.
2. tomato dan kentang dipotong dadu. cincang bawang besar dan bawang putih.
3. panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dicincang. kacau sekejap dan masukkan kentang yang telah didadu kecil. goreng sehingga nampak kekuningan.
4. masukkan daging cincang. kacau sehingga daging masak dan masukkan buah tomato.
5. masukkan sos cili dan sos lada hitam dan garam.kacau sebati dan masukkan brokoli.
6. kemudian masukkan pasta tadi, kacau dan perisakan dengan serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
7. bila masak, padamkan api dan parutkan sedikit cheddar cheese.
Sedapnya...tengah lapo ni...sumenya rasa nak makan...:)
ReplyDeletehehe sila2... ada lagi nih.
ReplyDeletecukup ke?hihi