syukur alhamdulillah...masih lagi kita diberi peluang utntuk menghirup udara segar dan menjamu mata menyaksikan ciptaan yg maha Kuasa pada pagi Jumaat, penghulu segala hari nan indah ini... seperti biasa, awal2 pagi ketika mahu menjalankan tanggungjawab kepada yg ESA, tidak sah rasanya jika tidak mendengar teriakan hero kecik yg sangat kuat.. volumenya terus mendadak kuat, bergema.. tanpa memberi tanda2 awal rengekan manja hehe asal bangun je tinggalkan dia utk ke bilik air, mengambil baju... terus menangis2 sekuat hati seperti kesakitan dan terketar2... ntah camana agaknya nanti bila ibu mula kerja. cuti sekolah lagi berbaki seminggu sahaja.. perlulah si ibu ini bijak untuk menguruskan masa dan segala2nya agar perjalanan seharian elok dan lancar.. risau juga akan lewat sampai ke tempat kerja...
abaikan saja pinggan2 dan bekas ramekin itu.. hihi dah hampir 5thn kawen,
tak pernah lagi beli set pinggan mangkuk. guna hadiah masa kawen je
insyaAllah, bila dah duduk rumah sendiri nih teringin jgk nak itu ini
ok, inilah kali pertama saya menyediakan nasi ayam ipoh dan hampir 90% agaknya saya setia dengan resipi yang saya rujuk. biasanya main campak2 dan ikut suka hati je kan. namun ada juga bahan yg saya tidak gunakan seperti minyak bijan. memang tak pernah ada stok minyak bijan di dapur saya kerana seumur hidup saya tak pernah beli minyak bijan.. bagaimanalah agaknya bau minyak bijan itu... biji2 bijan yg halus tu adalah. yang asalnya saya beli utk buat kuih bakar pandan, tp sampai hari ni masih tak terbuat... satu lagi bahan tiba apabila nasi ayam ni dah dihidangkan ialah sos tiram hihi balik rehat makan tengahari en.suami singgah beli haha tak pelah..hari kejadiannya ialah selasa lepas.. cadangnya nak buat hari isnin. dah siap perap ayam bagai, ntah tiba2 ubah fikiran.. jd, ayam tu sangatla best sebab semalaman diperapkan.. basah2 gitu. saya suka!! ok, klu nak tengok versi pelangi, boleh jenguk ke dapur KAK ITA ye.. saya punya versi pandan.. bubuh sikit pandan paste dalam nasi, pastu titiskan pewarna hijau bila nasi dah kering...
Resepi Nasi Ayam Ipoh
resipi asal dari :QUINNIE
( sumber : Dapur Kak Nor, Secubit Garam )
copy from : POTRET KASIH
Bahan Utk Nasi:
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu – sy tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu – sy tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama…agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
terima kasih cuba resepi saya ni....cantik buat warna hijau..:)
ReplyDeleteWow....hijau...keamanan...Ipoh memang kehijauan selalu.Sedap nampak.
ReplyDeletesalam..sedapnya nasi ipoh ni..:)
ReplyDeletesalam..nampak sedap nasi ayam ipoh versi pandan ni..:-)
ReplyDeleteSelamat tahun baru Norhalima...
ReplyDeleteWah...nampak menyelerakan sungguh "nasi ayam ipoh" tu...leh cuba nanti...