entri khas buat puteri tersayang Nur Auni Humaira' binti Mohd Farid Hafidz.. semalam 18/12/2011 genap 3 tahun umur Auni.. sepatutnya semalam juga entri ini dipostkan.. tapi kerana terlalu sibuk, kalut dan baru tiba dr kampung lewat petang Sabtu, ditambah dengan rumah yg masih belum kemas sepenuhnya lepas kenduri hari tu tiada ruang kosong untuk ibu menggerakkan jari2 di atas keyboard ini... menulis apa saja yang ibu inginkan tentang kamu, my sweet @uni....
pengalaman melahirkan @uni tanpa ayah di sisi sangat menyedihkan ibu... ayah juga mengharapkan yg @uni dapat bersabar sebentar utk menjengah dunia, menanti ayah yg dlm perjalanan untuk kita sama2 mengecap saat2 indah ketika itu.. tp apakan daya, kuasa Allah itu lebih hebat.. namun alhamdulillah, tok dan tok ayah menjadi peneman di bilik bersalin... menjadi penenang dan penguat semangat sehingga @uni muncul menjenguk kami semua... semua itu tidak pernah akan ibu sisihkan dr fikiran ini.. terasa masih baru perut ini mengandungkan kamu sayang... masih terasa bagaimana perasaan ibu bila kita berdua terpaksa hidup berjauhan dr ayah ketika kamu masih di alam rahim... masih teringat bagaimana hati ibu meruntun sayu bila permohonan pindah GAGAL.. dan masih juga ibu terasa kehangatan air mata gembira apabila keputusan rayuan ibu BERJAYA dua hari sebelum melahirkan kamu... alhamdulillah... Allah sgt bijak mengaturkan kehidupan kita... memberi peluang untuk kita hidup bersama2....
Terima kasih ALLAH......
terima kasih yg tidak terhingga kerana telah meminjamkan hambaMU ini dengan anak yg sihat...
memberi peluang untuk hamba menjadi ibu kepada puteri kecil yg bijak...
kehadiran @uni telah memberi sinar kebahagiaan dalam hidup kami
dapat menggembirakan hati ibu dan ayah... dan keluarga....
sekarang kamu sudah berusia 3tahun... kadang2 ibu menganggap kamu lebih dari usia itu.. kamu sudah besar! bijak berkata2 walaupun masih ada perkataan yg kurang difahami.. ingatan kamu sangat kuat! moga angerah yg Allah berikan itu akan memberi manfaat yg besar buat kamu... buat semua.. buat agama. dalam usia ini, kamu makin susah nak berpisah dengan "puting"... malam tadi kamu menangis2 sayu meminta ibu berikan puting.. sehingga tertidur dlm esak tangis...
kamu tak suka makan sayur! aduuuh asal nampak warna hijau je dlm sup, terus dipilih2 sebelum disuap ke mulut.. suka makanan yg ada rsa masin2... ayam goreng, ikan goreng bersama sup membuka selera kamu. you looooooove chocolate and ice cream! pantang nampak kedai... dua perkataan itu yg disebut2...
semua benda milik kakak!... waaa skolah kakak! waa beg skolah kakak! waa beskal kakak! waa itu kakak! waa ini kakak!.. tak bleh,kakak punya! aliiiii, kakak punya!
you are sweet and funny
terlalu banyak yg ibu ingin coretkan di sini tentang kamu sayang
tak mampu untuk ibu catatkan semua
cukuplah yg selebihnya ibu simpan
andai Allah berikan kita kesempatan
pastinya satu hari nanti akan ibu kongsikan bersama kamu
ya Allah.. berikanlah kami kekuatan
agar dipermudahkan segala usaha kami mendidik anugerahMU ini
berikanlah kami kesabaran
dalam menempuh dugaan membesarkan anugerahMU ini
moga2 kami menjadi ibu dan ayah yg baik
amiiiiin
HAPPY BIRTHDAY MY SWEET AUNI
you will always be my baby
i love you with all my heart
love and kisses
IBU...
happy birthday sayang, moga membesar menjadi anak yg solehah, mendengar kata, lebih sihat kaya & berjaya okey =)
ReplyDelete*hugs*
hepy besday sweety girl...
ReplyDeletehappy birthday dear auni, moga jadi anak solehah.
ReplyDelete